Coretan kian kalinya buat sahabat-sahabat.
Coretan yang tak lekang dari perbalahan,
sengketanya kecil, yang menyukarkan itu adalah jarak.
Pesan aku ringkas.
Tuhan pasti akan datangkan yang terbaik buat sahabat-sahabat.
Tuhan pasti bantu jalan sahabat-sahabat.
Tuhan pasti tak hilang pandang dari sahabat-sahabat.
cuma sahabat,
nanti tiada aku,
jangan kau hilangkan doa yang makin tandus itu sahabat.
nanti tiada aku,
jangan kau biar jarak 7 kaki dalam itu bagai 24 jam perjalanannya sahabat.
Doa untuk aku.
Doa untuk kita semua.
Maaf atas keterlewatan,
Maaf atas keterbatasan.
Sahabatku sayang.
Yang ditangis itu, barangkali kerana sayang,
Yang disenyum itu, barangkali anugerah ukhuwah dari Tuhan.
Simpan dalam..
ya dalam-dalam.
Akan ditunggu kalian diruangan Syurga.
Pintu yang mana, aku tidak pasti.
Yang pasti, jejak kita tetap akan ke Syurga.
Dengan IzinNya.
-IMFS