Thursday, 16 April 2015

Cerita pendek.

Kau datang, senyum penuh riang,
Bila aku sambut, kau pergi bawa pergi hati bersawang.

Kali ni, tak lagi aku sudi tersenyum.

Kali ni, tak lagi aku sudi bertaruh.

Taruh hati.

Ranap.

Sampai sini jalan berhenti.

Sampai sini jalan mati.

Sampai sini, kita tiada lagi.

Saturday, 11 April 2015

Rindu

Aku singkap kenangan baru.
Tak pula lupa yang lama, cuma aku jadikan semua tu melody baru.

Melody baru untuk aku terus berirama di pentas dunia.

Kini aku ada apa yang aku cari dan tunggu.

Aku cuba tak sia-sia kan jalan itu.

Kerana aku tahu, masa cemburu dengan aku.

Aku ingat pesan dia, kalau ada waktu, jalan menuruni tangga aku akan di iringi, tidur malam aku takkan lagi terasa gelap dengan mata yang menjaga, hati yang menunggu untuk aku bangun semula.

Duhai, jangan sia siakan jalan ini. Teruskan.. Moga sampai ke destinasi. 

Sunday, 18 January 2015

Aku..jatuh cinta.

Aku, jatuh cinta..
Selagi aku mampu. Aku tadbir hati ku dengan penuh ayat-ayat cinta Rabbi.
Selagi aku mampu, lagu2 dihati yang berbisik akan terus membisikkan ayat-ayat cinta Rabbi.
Aku taklah punya hati putih.
Proses dari aku kepada ana pun masih tersangkut.
Jiwa masih belum lagi utuh, mahu bicara noda, tapi cinta yang dibalas Rabbi.
Allahhuma Aslih Qalbi.
Gapai andai ada bantuan ke Jannah Allah.

Friday, 7 November 2014

View or preview. Go through or gone through?

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum! (/^▽^)/

Iman. Tambah ke dah tolak sampai habis? Allah. Andai ada satu kata dapat aku ungkap tentang keimanan dan ketaqwaan pada Allah..
Tak semua faham concept mujahadah dan istiqamah. Tapi dalam diri kita, istiqamah tu ada, tapi tak tetap. Samalah macam prinsip.

Orang kata, setiap manusia kena ada prinsip hidup, baru boleh jalan apa yg depa buat. Tapi kalau tak istiqamah berterusan dan bertambah usaha terhadap sesuatu, kita takkan dapat.

Orang tanya, macam mana nak berubah. Macam mana nak jadi soleh dan solehah.. Macam mana?

Jawapan tu, ada dalam diri masing2. Which is, sanggup ke kau sujud pada Allah dan hanya pd Allah kau memohon. Menyesalkah kau dengan seluruh dosa yg kau dah gone through?

Hati yang hitam kerana maksiat, sukar didik diri dari tidak berbuat maksiat. Dan sukar untuk beribadah. Solat? Dia solat, tapi tak cegah dia dari kemungkaran.

Mampu ke kita jadi Muslim dan Mukmin sejati kalau hal sekecil zarah pun sukar kita tangani..

Jangan pandang jauh, pandang diri kita. Kita ada kekasih? Sejauh mana dah kita ni berpegangan? Sejauh mana dah bersentuhan? Berapa banyak gambar dah kita simpan? Allah.

Kita tahu itu dosa, tapi kenapa kita lakukan jugak? This is all because kita tak kusyuk solat. Kita tak betul2 berserah pada Allah. Tidak tidak dan tdak.

Kawan aku kata, kau boleh tinggalkan semuanya dalam sekelip mata? Ya. Aku mampu. Tapi kerana aku telah terikat dengan perjanjian dunia, maka aku terasa jauh. Jauh lagi perjalanan untuk aku topup iman dan timbangan pahala aku.

Hari2 doa aku. Minta Allah mudahkan jalan hijrah ku. Moga Allah redha. Moga Allah jauhkan maksiat dari hati dan diriku. Moga Allah timbangi pahalaku lebih dari dosa seluruh hidup ku.

Aku redha, kalau jodoh aku dengan kematian. Dan kau satukanlah aku dengan bidadara Syurga. Ambillah aku untuk ke Syurga dalam keadaan iman aku setinggi langit. Janganlah kau ambil aku dalam keadaan aku tidak bertaqwa padaMu.

Allahhumma Amin.

Kita semua ni mampu berubah, tapi nafsu kita, kita tak dapat kawal. Kalau nafsu tu dpt kita kawal, for sure semua org dalam dunia ni, Islam, Muslim dan Mukmin yang hakiki. Allah.

Allah..aku berimpian menjadi wanita Syurga. Aku berimpian ingin bersama si soleh dan solehah. Makbulkan lah Rabbi.

Jauhkan lah aku dari orang orang yg hanya membawa aku ke Neraka. Jauhkan lah ya Rabb.

Aku sedang cuba menjaga ikhtilat. Menjaga setiap yg suruhan Kau. Aku cuba ya Allah. Moga usaha ini membuat Kau timbangi pahalaku lebih dan dosa ku lusuh.

amin.

Friday, 10 February 2012

Duka yang indah buatmu.

Hari yang indah tak selalunya bersama kita. Aku dah cuba yang terbaik untuk sentiasa bersama dia. Dia yang selalu aku sayang, yang aku selalu jaga, selalu buat aku tersenyum. Dia tak pernah mengharapkan apa-apa. 

Tapi aku tahu, dia rindukan kami semua. Dia rindukan atuk, dia rindu semuanya. Tak semua yang kita jangka dan kita mahukan mesti jadi. Aku sepatutnya bersama dia. Dia yang selalu membuat aku rindukan kampong halaman aku. Nenek pergi terlalu awal. Tak sempat rasanya aku membahagiakan dia. 

Dia baru sembuh, tapi dia hilang. Hilang dari pandangan aku selamanya. Aku tahu itulah suratan takdir kehidupan di dunia, dan mungkin dia bahagia diSana, seperti yang dia harapkan. Tapi..aku tak cukup kuat. Belum cukup kuat untuk aku hadapi sendiri.

Aku masih merindui dia, senyuman dia, suara dia. Betullah cakap orang, jangan terlalu sayangkan seseorang tu. Tapi bagi aku, sayangkan nenek akulah membuatkan aku ingat pada Allah. 

Banyak sangat perkataan tapi aku, sekarang bukan tapi. Cuma yang ada, nenek sudah pergi, pergi tinggalkan kami semua. Teringat saat aku bercerita tentang kawan aku meninggal, nenek Cuma pesan, itu yang tebaik untuk dia. Terbaik untuk semua. Andai dia pergi buat orang lain sedih, itu hanyalah dugaan kecil. Dan sekarang aku faham tiap kata2 dia. 

Kata-kata inilah arwah nenek cakap seminggu sebelum dia pergi. Aku menangis depan dia bercerita tentang kawan aku. Tapi..rupanya ada lagi yang dasyat untuk aku ketahui. Nenek aku yang ingin menyusul rakanku. Ya Allah, besar sungguh dugaan Mu. 

Jangan meratapi pemergian nenek. Itulah perkataaan yang sering aku dengar dari rakan-rakan sepupu sepapat. Hanya Allah yang tahu apa perasaan itu. Aku tidak meratapi, tapi aku masih cuba menguatkan diri aku. Bayangkanlah, setiap minggu aku akan pulang ke rumah makcik aku semata—mata nak tengok dengan mata kepala aku sendiri macam mana keadaan nenek. 

Tak pernah pun aku missed sekali nak tengok nenek, tapi dua minggu sebelum pemergian nenek, macam-macam dugaan datang. Susah aku pergi tengok nenek. Bagi aku itulah rutin harian aku, hobi aku. Tapi sekarang, nenek dah takde, rutin harian aku hilang, aku susah nak mencari apa yang boleh buat aku lupa setiap kenangan aku dengan nenek. Aku dapat rasakan apa yang kakak aku rasa, dia yang selalu berjaga malam menunggu nenek aku tidur. 

 Dia hanya akan tidur bila nenek dah tidur. Malam-malam terakhir dia bersama aku, Alif dan Afnan memang ceria. Sangat-sangat ceria. Tapi aku tak mampu nak berkata apa. Aku bagi dia makan panadol, cool fever, dan suruh dia minum air, tapi satu pun tak berkesan nak turunkan suhu badan dia. Ntahlah kenapa aku memang tak sedap hati nak tinggal nenek malam tu. Tapi aku kuatkan hati aku. 




Nenek, b sayangkan nenek. B sayangkan nenek sangat-sangat. Moga nenek bahagia dekat sana dengan atuk. 


Edited by Che Zaheerah Najeehah

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...