Thursday, 9 June 2016

Balutan rindu

Aku dongak tinggi, tapi yang terpandang hanya dosa yang tertinggal di bawah. Macam naik KLCC. Nampak luas tanah yang dipenuhi bangunan. Tak,tak. Exageratted sangat ayat tu.

Aku dongak tinggi, sampai nak terputus urat leher rasanya. Gaya tak ubah macam orang yang terlalu gah dengan duit yang mereka ada. Kalau boleh sangkut segala emas di dunia, mahu di penuhkannya leher ni sampai panjang berjela. Okay, exageratted juga.

Aku pertaruh hati di hari-hari yang kurang baik. Aku cuba senyum bak awan menghitam disertai guruh yang aku gerun. Ini serius, aku cuba untuk olah sebaiknya. Tapi yang aku dapat, hanya secubit jiwa yang kasihan sama aku, bukan kasih sama aku.

Aku harap, aku tak kabur dek hitam dosa itu. Tapi aku terpalit sedikit takbur akan dosa lalu, kenapa? Sebab terfikir aku, mana lagi ku tuju kalau bukan ke sini, kalau bukan dari lubuk lubuk lampau. 

Tuhan..mudahkan jalan teman-teman ku.

Tuhan, sampaikan rindu ini ke setiap hati-hati orang yang Kau rahmati, yang Kau kasihani, yang Kau cintai, Moga terbalas Syurga buat mereka. Terima kasih atas nafas yang Kau hadiahkan kepada kami si kerdil ini.

dash, day by day, you seems lost. i just hope..there's no other you. 


No comments:

Post a Comment

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...