Mata semakin hampir tertutup.
Bagai dekad menanti jawapan.
Bagai tunggu langit dekat atas ubun-ubun.
Mata rapi dijaga. Hati indah bersedia.
Bagai menanti darah terbalas nyawa.
Duhai, hati aku semakin kering.
Jangan kau ambil sisa, tapi simpanlah kau dari duka kepada suka.
Duhai, aku semakin terasa hela terhenti.
Jangan kau hitamkan hati. Doakan cinta kita abadi walaupun jasad tak tertemu lagi.
Duhai, sayang aku tak hilang.
Yang hilang hanyalah senyuman.
Yang tertinggal, masih ada dalam kenangan.
Duhai, ingin sekali aku lukis seputih-putihnya cinta kita di atas awan dan langit membiru.
Duhai, ingin aku nyatakan, hayat aku,masih tertumpu engkau.
Duhai, bukan harapan manusia yang terterjah ke dalam hati. Tapi cinta manusia yang aku pegang setelah yang Esa memberi sesuci hati.
Duhai, andai diri terbeban, jangan kau hilang kan cinta dengan kekecewaan.
Duhai, maafkan suara yang tak mampu mengukir madah indah. Maafkan hati yang tak mampu menjadi tujahan cinta manusia gundah.
Duhai, aku sayang. Aku masih girang dengan hati yang punya engkau.
Duhai, jaga hati aku pada kau. Kerana hati yang pada aku hampir menamatkan jalan.
-mnm
No comments:
Post a Comment