Indahnya kesabaran yang Allah pinjamkan kepada kami..
Mula2..bonda yang sakit..
Dapat pula berita acik perlu di operation segera.
Kemudian..ayahanda pula jatuh tangga.
Dan sekarang, anak saudaraku, anak kepada kakakku sendiri, meninggal dunia dalam kandungan. Belum sempat anak itu muncul kedunia. Belum sempat diazan pun. Walaupun kandungannya seminggu sahaja lagi cecah 9bulan.
Itulah tulisan dan lukisan Dia. Siapa? ALLAH!
Allah menjanjikan yang terbaik.
Selalu..ya..selalu sangat aku minta pada Dia supaya berikan aku dan pinjamkan aku kesabaran, maka..dengan ujian sebeginilah yang dinamkan kesabaran.
Allah sayang, maka Allah bagi.
Bagi apa? Dugaan..tanda Dia sayang sama kita.
Tanda apa?
Tanda sayang pada hambaNya yang selalu sangat lupakan dia.
Alhamdulillah ya Allah atas kurniaan ini.
Aku sebagai seorang ibu saudara,
Inilah hadiah hari ibu yang paling teragung Kau berikan kepada aku. Ya pada kami.
Rabb, Kau ambillah Dia sebagai tanda hadiah kepada Kami. Hadiah, bahawa anak saudaraku kini di Syurga. Bahawa seorang dari keluarga kami telah pun ke SYURGA MU.
Allah.. Allah.. Allahhhhh..
SubhanaAllah..
Berat, tapi..redha itu perlu.
Harus. Dan wajib.
Kerana..aku tahu Kau rindukan kami sekeluarga. Terima kasih Ya Allah..
Moga ini lah permulaan bingkisan bauan Syurga buat kami sekeluarga.
Al-Fatihah
-Allahyarham Aqmal Nawfal bin Mohd Azizi-