Kalau aku punya tulisan serba keras,
Pasti aku bisa menulis nama kau kakakku,
Nama kau bersama anakmu,
Supaya kerasnya tulisan itu,
Akan membawa kekuatan kepadamu.
Biar serba keras, biar tak hilang dari pandangan.
Biar tak hilang bila air datang menyimbah.
Tapi Tuhan adil.
Dia lebih tahu.
Aku kuat kerana kau kakakku.
Sabarlah.
Sikit sahaja lagi.
No comments:
Post a Comment