Saturday, 23 May 2015

Kalau aku buta cinta, kenapa kau yang pergi..?

Menyanyiku, kau tatap,
Tak sangka, yang tertarik itu kau,
tak sangka juga, ayat cinta kau,
Untuk aku.

Jalan cerita kita beda,
Kau ceria tanpa aku,
Aku punya tak siapa,
Aku bercinta pernah ranap dek cinta kedua,
Malah...ada pula yang ketiga.

Kau datang,
Kata kau, kau tak pernah kenal gadis sepertiku.

Kata aku?

Kau, sama saja seperti yang lainnya.

Lirik aku terlepas dari memandang,
Tak ingin lagi aku dengan cinta,
Tak ingin lagi ada api dalam hati.

Seketika...
Kau berlalu..

Aku pula ternanti.
Walau lirik mata aku bukan memandang tepat ke hati kau.

Cerita kita masih beda,
Kau kini, jasad lain yang punya, tapi...

Aku tahu, jiwa kau, masih buatku,
Walau se nurani mana pun jasad yang pegang hati kau,
Kau masih dan tetap dalam doa aku.

September 10, musibah datang.
Tak lagi utuh berdiri sendiri.

Cerita aku, juga cerita kau, pernah menjadi bedtime story buat si cilik adik.

September 15,
Tenatnya aku.

Tak mampu lagi celik. Terbau wangian yang sama sebelum kau berlalu dulu.
Aku tahu,
Kau datang,
Tanpa suara,
Aku tahu..itu kau.

Marah mungkin,
Tiada se sisip suara pun darimu..

Sampai habis nyawa pun,
Kau takkan pernah tahu,
Kau yang pergi..bukan aku.

Kerana duka lama,
Aku tolak cerita 'kita'.

Kini, bahagia kau ku dengar.
Dan aku?
Hanya mampu melihat dari jauh,
Walau aku hanya si buta yang melirikkan lagu,
Tanpa tahu, kau melihat ku.

No comments:

Post a Comment

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...