Aku jalan..jalan dekat tanah merah,
Tapak kasutku membawa kesan-kesan merah bersama.
Aku jalan..aku tak puas.
Aku jalan lagi, sampai kaki longlai,
Jalan dah sampai ke penghujung.
Deria makin hilang,
Yang ada masih aku tak guna sebaiknya.
Aku jalan..aku tak berhenti,
Aku cari, cari jalan yang tertutup,
Lama lama semua teman cerita yang aku samar ditutup angin,
Samar-samar ditutup awan,
Samar-samar ditutup jalan yang melingkuk.
Lama-lama, aku tunggu orang datang bersama tapak kasut yang berlainan.
Ada tapak kasut tak meninggalkan kesan,
Ada tapak kasut tinggalkan banyak kesan.
Aku diantara si pemijak tanah merah.
Sesal aku, bukan aku saja yang tahu,
Tapi...Dia juga.
Kerana jalan melingkuk itu, adalah jalan penutup sebelum disempitkan si 7 kaki.
No comments:
Post a Comment