Ini kisah bukan punya aku,
Kalau kisah aku,
Aku tak percaya cinta,
Kalau kisah aku,
Aku tak mahu punya siapa,
Kalau kisah aku,
Aku percaya dua jiwa,
Ibu dan bapa.
Ini kisah bukan punya aku,
Kalau kisah aku,
Aku tak mahu dibenci orang,
Jadi aku jujur dalam memiliki,
Kalau kisah aku,
Aku tak tabur lagi janji,
Kalau kisah aku,
Aku tepati harapan yang aku beri,
Kalau kisah aku,
Aku tak suka orang slindung diri dari salah sendiri.
Ini kisah bukan punya aku,
Kalau kisah aku,
Aku selalu senyum bila duka menerpa diri,
Kalau kisah aku,
Earphone tanpa lagu sentiasa dicuping,
Kalau kisah aku,
Malam aku berteman hiasan buku walau tak dibaca isinya,
Kalau kisah aku,
Aku rapat dengan manusia yang blh dibilang berapa kerat saja yg tinggal didunia.
Tapi...
Semua kisah aku,
Diterbalikkan semua dek kerana dusta dan kata-kata manusia.
Kini kisah aku hanya berbunyi...
Aku mahu diam,
Aku mahu senyum tanpa tawa,
Aku mahu berada jauh dari manusia.
No comments:
Post a Comment