Jalan kita, terlalu banyak arus melintang,
Mata seolah tak mahu lagi melihat apa didepan,
Mahu ku kau turut,
Mahu kau ku biar.
Ku sedar,
Ku tak lupa,
Tak pernah lupa.
Cuma jalan kita dah berasingan,
Aku fikir dosa lampau,
Aku ingat memori first class,
Aku tak lupa tu.
Kata kau,
Kau mahu lihat aku bahagia,
Tapi jalan mana yang aku pilih,
Kau tak lagi setuju.
Kata kau,
Tak segenap pun fikiranku lihat memori itu.
Tapi..hati aku makin perih bila berdesup kenangan laju masuk macam ferrari.
Merah, berdarah.
Mampu apa lagi aku buat selain
Maafkan Aku.
Mampu apa lagi aku.
No comments:
Post a Comment