Kalau esok tiada lagi hayat untuk aku,
Jangan penat jadikan aku sebagai doa harianmu duhai bondaku.
Bonda, jangan lupa kenangan kita, jangan biar jalan itu pupus dan lupus.
Bonda, hargailah perpisahan itu, kerana kita mungkin akan bertemu di Syurga lagi.
Mungkin bonda...jangan berhenti mendoakan jasad yang telah hilang dari matamu ini bonda,
Lakaran-lakaranku, biarkan tersimpan di setiap sudut almarimu.
Biarkan nostalgiknya suara aku, kau simpan dalam ruang memory ingatanmu duhai bonda,
Bonda, moga doamu sentiasa mengiringi jalanku. Terima kasih ayahanda untuk kesetiaan cinta kepada anakmu. Terima kasih adinda dan kekanda-kekandaku.
No comments:
Post a Comment