Wednesday, 29 March 2017

Reminder dari aku kepada kau.

Kalau jadi manusia, jangan pasang angan untuk ke syurga, kalau yang kita tahu adalah cuma dengan "berkata-kata"

Kalau jadi manusia, jangan sibuk menjaja cerita manusia lain, kau juga manusia, kerana kita semua cuba cari redha Dia. bukan kau sahaja, kita. ingat kita.

Kalau jadi manusia, jangan mudah sangat melatah tentang sikap dan perangai, kerana kita ini manusia, alpa. memang yang mudah menjadi susah, yang susah, lagi di tambah sukar dengan menempah neraka.

Kata-kata, itulah yang mudah menempah tempat kita di neraka. azabnya, nauzubillahimindzalik.

Allah berfirman: “Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).” - Surah al-Balad: 8-10

Manusia, jangan suka akan kata-kata. Bukan juga di suruh benci akan kata-kata. Tapi, jaga-jaga. jangan sampai neraka kita tempah dengan segera.

#wallahhua'lambissawab
#reminder
#selamatberrejab

No comments:

Post a Comment

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...