Alhamdulillah. I'm getting closer to what i should have. MasyaAllah Allah bagi jalan tu mudah.
Banyak friends keep asking me about marriage tips. But i tak kawen lagi. So here just a simple tips yang I keep promise to myself i should do this and i should not yada yada..
Tapi.. kalau rasa not good enough, jangan ikut okay. Ikut yang baik2 sahaja.
Before Akad:
1. Know your limits, improve. Perbaiki apa yang perlu, solat, mengaji, bangun awal, jaga kesihatan, belajar mengurus rumah and jangan lupa, cuba untuk sentiasa dahulukan ibubapa serta keluarga.
2. Install positivity. I am pretty sure you guys nervous and mesti akan selalu rasa macam takut and all that right? Tapi.. serahkan sahaja pada Allah dan seluruh Malaikat, ini bukan urusan kita lagi setelah kita berusaha. Yakin dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah.
Hari Akad:
1. MasyaAllah, sujud syukur pada Allah, kerana harinya telah tiba. Teruskan bertaubat supaya Allah sucikan segalanya dan bantu melancarkan akad bakal sang suami.
2. Sewaktu bakal sang suami sedang bertarung lidah melafazkan akad, bantulah dia dengan selawat dan doa supaya Allah mudahkan. Ingatlah nikmat Allah. sentiasalah memanjatkan syukur, walaupun sekadar duduk menanti kata 'SAH'
After Akad:
1. Jadilah rusuknya yang tepat. bersamanya susah senang. Amalkan komunikasi dua hala. Sentiasa berbincang.
2. Solat bersama. Kukuhkanlah Jannah mu dengan berjemaah.
3. Sentiasa menegur secara manis jika keduanya punya kesilapan kecil mahupun besar.
4. Jika si isteri mengandung, ketahuilah kudrat mereka sudah punya keterbatasan. Bantulah. urutlah kakinya setelah penat berjalan. Usaplah belakangnya saat dia duduk keletihan mengusung perutnya. Tenangkanlah dia disaat dia beremosi. Mengajilah untuk isterimu dan juga anakmu duhai suami.
5. Duhai isteri, kurangkanlah bebelanmu. Banyakkan manis senyummu. Moga dapat membantu hilangkan lelah keringat dan kudrat lelaki yang mencari rezeki buat kehidupan sehari-hari. Teruskan berbakti seikhlasmu.
Okayyy.. ni sahaja buat masa ni. yang mana tanya bila abel nak kawen. Okay, ni jawapannya.
Buat masa sekarang, abel fokus pada jalan yang terbentang buat abel. Its just that, abel belum jumpa jalan ke arah perkahwinan. InsyaAllah doakan je yang baik2.
Kalau esok, esok lah. Kalau tahun ni, tahun ni lah, kalau tahun depan, tahun depanlah. I don't mind.
Cuma macam abel cakap, i want myself to be ready. Sentiasa ready utk bersama Allah dijalannya. Doakan!
No comments:
Post a Comment