Friday 16 August 2019

Berserah pada jalan yang terakhir.

Sebenarnya banyak soalan yang tersusun rapi dalam benak minda, tapi jarang aku lontar dek kerana takut emosi ikut jejak. 

Kalau tak berat, mungkin terus aku tanya. Tapi yang satu ini macamaku simpan dalam bentengan perang. Jadi aku tinggalkan di sini. 

Sudi kau terima aku dan masa silam ku serta keluarga ku? Sudi kau bersama aku dalam hujan dan guruh pancaran bawah pokok? Sudi kau mengambil risiko beban emosi bila bersamaku? Sudi kau membawa aku bersama me Syurga?

Jika ya, aku juga sudi bersama setiap sosok tingkahmu, bersama setiap jalan cerita yang baru, bersama memori yang kau mahu perbaharu. Bersusah susah harung sama rata, yang mudah kita senyumkan saja.

Jika kau sudi, kekallah bersamaku hingga selesai. 

No comments:

Post a Comment

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...