aku sudah semakin lelah akan mehnah yang terbentang.
Aku mula mengambil masa yang agak panjang untuk bersendiri.
Aku mula ikhtiar cara yang mudah untuk aku tidur dengan lebih lena tanpa terasa sedikit pun gangguan silam.
Sudah hampir 5 tahun aku bawa watak yang tidak begitu tenang, tidak juga terlalu agresif akan sosial. Emosi 5 tahun yang lalu seolah di tune in semula.
Aku buntu.
Aku terasa terganggu. Fikir aku, mungkin kerana takut yang hampir menjerut. Barangkali aku memang ditakdirkan untuk menjadi sunyi.
Tak semudah itu aku menyalahkan takdir. Aku yang pernah bangkit, masih juga jatuh berguling.
Buat waktu yang terdetik, dan mungkin hanya tersisa sedikit, beri aku peluang dan juga ruang untuk aku meniti sisa rasa, cinta, dan mungkin kasih dalam iman yang terjaga.
Semoga..
Ya, semoga cita dan takdir bertemu di jalan yang sama.
-mztlnblh
No comments:
Post a Comment