Saturday, 13 August 2016

I figure it out

Semalam aku jatuh.

Entah apa yang aku fikir.
Mujur ada adik2 yang tak lelah memanggil.

'Solat jom'

Tikar sejadah dibentang. Aku di baris hadapan.

Menunggu makmum iqamat, buka jalan buat aku si imam utk mengangkat takbir.

Tak gugup. Sedikit sayu bila iqamat yang dilaungkan seperti seakan memanggil aku untuk kembali.

Takbir aku mula diangkat. Mulut mula berkumat kamitkan ayat. LillahiTaala.

Usai menjemaahkan adik2, air mata menitis, sedikit demi sedikit. Tapi tak terlihat.

Menitis dalam hati, aku terus berdoa. Dan berterusan menebalkan hati yang parah. Aku tahu, bukan aku sahaja yang sakit. Tapi juga mereka, si adik2.

Buat adik2 ku... Jangan kau bersedih andai esok tiada lagi buat kita. Kita semua pasti akan bersatu. Di Sorga. :)

No comments:

Post a Comment

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...