Pembuka kalam aku disebut namaMu.
Tuhan, aku mahu cerita,
Aku tahu Kau dengar akan aku.
Tuhan, watak picisan yang Kau beri ke aku ini, sungguh indah.
Watak picisan ini aku hargai dengan ada nya watak2 utama yang Kau sisipkan ke dalam mimpi2 kami.
Tuhan, aku mahu cerita.
semalam, aku jatuh, hari ini aku bangkit.
Tak sia2 rasanya ibu dan ayahku mendoakan aku. Tak sia2 rasanya aku terlahir di dunia yang akan berpenghujung nanti.
Tuhan, aku rindu akan tahun-tahun yang lalu. Yang aku sering bercerita tentangMu. Yang aku sering memuji-mujiMu. Yang aku sering mengadu-domba kepadaMu.
Tuhan, kalau diam aku seribu bahasa. Kau titipkan senyuman yang berpahala. Tuhan, kalau aku jatuh tak bertongkat cinta. Kau titipkan lah aku rindu yang tak terhingga.
Moga apa yang aku jaga, kau nilaikannya dengan Syurga. Moga apa yang aku pinta. Kau kabulkan lah aku jauh dari Neraka.
Dan moga tujuan kita masih sama, redha Dia. Tuhan yang kita cinta. Allahhu Akbar!
No comments:
Post a Comment