Monday 4 November 2019

Abah dan Mak


Mereka adalah dua jiwa yang aku mampu gelar sebagai 'Guardian Angel' yang tinggal dalam dunia nyata. Dulunya, aku letakkan gelaran itu untuk nenek. But she's gone. I return her back to the true world. Syurga buatmu nenek.

Aku. bukan jenis meminta. Jujur, aku malu untuk meminta. Sedangkan aku sakit, nak mintak tolong mak bawak pergi klinik pun aku malu, rasa menyusahkan. Kehidupan kami tak sesenang yang orang tengok. Abah dulunya orang senang, tapi beberapa ketika, dunia tinggal di dalam hati. Jadi dia terlolos dari kehidupan yang senang bertukar kais pagi makan pagi.

Sudahnya, mak yang membanting tulang sampai sanggup bertukar jawatan ke tempat yang lebih jauh, usaha mencari jalan rezeki yang lebih untuk menampung kami 5 beradik. Tapi, abah tak pernah silap. Abah jalannya gundah. Tak mudah. Tak da yang cuba memahami, malah, makin disalahkan, makin di undang derita. makin ditipu, makin dimamah usia.

Aku ingin cerita kepayahan dua Guardian Angel yang tertinggal didunia. Abah punya dua orang anak lain, bersama ibu yang lain (cerai sebelum menikah dengan mak). Kandung. Ya, kandung buat aku. Seorang lelaki, dan seorang wanita (Sulung). Mereka berdua terus menerus salahkan abah, kata abah tidak mampu menjaga mereka, katanya abah ini lelaki tak berguna, abah ini membawa malang. Waktu tu, aku masih kecil, usia masih 9- 10 tahun. mana faham asal usul pangkal awal akhir cerita ni.

Sekarang, 27 tahun. Jadi aku mampu menceritakan susah selama 27 tahun aku lihat dan perhati perjalanan yang tersisa itu. Jujurnya, aku sendiri terasa pedih dek layanan yang aku terima, maklumlah bongsu perempuan. mahu itu, mahu ini.

Abah selalu marah bila balik rumah, never talk good things to me. NEVER. since then, I penat untuk hidup. Abah pernah baling pinggan, pernah rotan (normal), pernah letak aku dekat luar rumah masa tengah hujan lebat ribut petir, pernah lempang mak depan aku, aku kena tempias lempang tu. Ahh, semualah. But I'm good now, semua ajar aku jadi manusia. Cuma, aku mengalami sedikit PTSD. itu je, tapi jangan salahkan abah. Dia cuma membantu aku jadi manusia.

Abah tak pernah hadir graduasi aku. tak pernah juga hadir report card. Tak pernah cuba untuk bagitahu semua orang, yang aku ni anak yang bagus. Ada satu hari tu, aku dapat anugerah Kokurikulum. Tokoh koko perempuan, Sudahnya, abah cuma cakap, main je pandai, belajar tak pandai-pandai. tudung entah kemana, bukak sana bukak sini, lompat sana lompat sini.

Oh ye, biar aku betulkan ayat tu

Tudung entah kemana = sebab aku atlet kebangsaan, jadi dulu aku rimas panas2, so aku bukak tudung. (terukkan?)

lompat sana lompat sini = ni sebab aku main lompat tinggi dan netball untuk pahang. kehkeh

part belajar tak pandai-pandai tu betul weh. HAHA aku memang tak suka belajar pun, sudahnya SPM kelautttt.. Tapi disebabkan benda yang abah cakap tu, aku jadi aku yang sekarang! Alhamdulillah.

Mak pulak, tak banyak cakap. tak banyak menegur waktu mak muda2 dulu. memang susah nak berborak dengan mak. She never say yes to you. kehkeh. Tapi Alhamdulillah. lepas je aku dapat masuk degree uitm, semua berubah. Abah bukak kedai makan, biasa2 je, warung kecik. Mak pulak dapat transfer ke pejabat lama dia. so kami mulakan jalan hidup yang baru. Mula2 terumbang ambing jugak, sebab belum dapat tapak yang baik. Lepas satu satu jadi. (Yang ni, terpaksa aku cut, sebab aib)

Sekarang mak dah pencen. Abah masih dengan kedai dia. So mak lah PA sepenuh masa abah. hoho dari akaun dan kerja dapur, mak lah bantu. Alhamdulillah. mereka survive bersama. mereka tak salahkan satu sama lain langsung. sebab..kepercayaan.

Aku cakap dorang Guardian Angel, sebab aku nampak keikhlasan dalam kehidupan dorang. Walaupun family abah tak terima abah, tapi Alhamdulillah family mak se ikhlasnya terima abah. Abah bukan orang baik, abah bukan orang pandai, tapi abah ajar adik beradik aku menjadi orang yang baik, yang bijak pandai, yang kenang budi.

Terima kasih abah, terima kasih mak.

Hargai mak dan abah itu satu hobi untuk aku. Moga Tuhan panjangkan usia mak abah, tak lama dah. sikit je lagi.

No comments:

Post a Comment

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...