Wednesday 27 November 2019

Kau, aku, 7 hari dan nota.


Pagi itu, aku terima nota, 
Notanya indah, tapi selalu juga aku biarkan, 
Hanya mampu dibaca tanpa dibalas. 

Berturut rasanya kau kirimkan nota, 
Tapi pagi itu aku benar jatuh ke dasar dunia yang lain, 
Satu pun aku tidak hiraukan, 
Tidak juga aku baca, 
Tidak juga aku mohon izin berkata nanti. 

Hari ke-lima, 
Kau semakin aneh, 
Mahu bersua langsung, 
Aku benar sibuk akan urusan dunia bagi menghalalkan jalan dan cara, 
Aku mula susun kata maaf sejurus bilang kau tunggu saja dikeberadaanmu. 

Hari ke-enam,
Aku sedikit senang, 
Langsung terus mencari bahan yang pasti kau suka,
Kejutan kata aku. 

Hari ke-tujuh, 
Kejutan itu, bukan untuk kau, 
Tapi sememangnya untuk aku. 
Allah sahaja tahu gugurnya bilahan torehan jantung ini. 

Memangnya usaha kita hanya untuk biar kau ke Syurga?
Memangnya aku mengikatmu untuk biar kau tunggu aku di Sana? 

Tiada lagi nota pagi yang indah buat aku, 
Tiada lagi yang senang mahu bersua sama aku, 
Tiada lagi yang mahu mencari aku,
Tiada lagi mahu bicara rindu ke aku.

Maafkan aku, biarkan kau menanti bersama sesalan, 
bawalah 7 hari itu dan berbahagia, 
Selamat berangkat si penulis nota yang setia.

No comments:

Post a Comment

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...