I'm having bad dream every single night. But i dont know how to shout. Because no one will lend me any hands anymore. Because no one knows how hard i face the world alone.
Saturday, 24 December 2016
Tuesday, 20 December 2016
Yang tertinggal
Disember semakin habis waktu, hati tetap kukuh tak henti dengan kata 'sudah'
Keringat makin penat, jalan tak terbelok terus ke depan sambil melihat kiri dan kanan.
Nafas makin sukar, tak jalan rasa hari ke hariku. tak indah macam dulu.
Bila disember pergi, aku belum mampu bertatih pun.
Bila disember pergi, aku belum mampu berdekah pun.
Bila disember pergi, aku belum mampu meninggalkan hati pun.
Tapi tangan ku tak berbunyi.
Dia pergi, jalan jauh...jauh dari mata hati.
Aku kini tak berpaling lagi, doakan jalan yang tertinggal sepi.
Moga kita jumpa di jalan yang lain, di hati yang lain, di tanah yang lain, di angin yang beda.
Beda dari biasa, beda dari yang pernah tertinggal buat kita.
-dm
Sunday, 20 November 2016
Selamat jalan atuk
Moga pemergian mu membawa 1001 makna buat kami yang masih hidup.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Hj. Mohd Nor bin Hj Shariff
Friday, 18 November 2016
Monday, 17 October 2016
Friday, 7 October 2016
Ada yang berpesan
Tuesday, 4 October 2016
My week'end'
I cooked well. I laugh a lot. I spend my time wise. But still these stress are shown. hek
Saturday, 17 September 2016
Rindu
Kalau dengan rindu dapat buat aku lagi dekat dengan Dia si pemegang hati. Aku lebih rela begini.
Doa aku, moga kau bahagia di hari2 mendatang. Doa aku supaya kita jumpa di Sana. Tempatnya lebih aman dari dunia. Pancaroba mengganas di mana2.
Moga belas Tuhan, datang pada kita yang iman tak seberapa. Allahul Musta'an
Thursday, 15 September 2016
There she goes
There she goes, there she goes again.
Leaving in a pain.
Getting so hard in the rain.
Tuesday, 30 August 2016
We ain't kids anymore
Tertunduk manusia kini kerana panas akan mentari, bukan kerana tawadhu' menjaga apa yang terlihat di dunia kini..
Aku tidak kuat bicara agama.
No no. Bukan tidak kuat, cuma belum kuat.
Suatu hari, kau pasti ajar aku kan? Supaya aku kuat dari pelbagai sudut, atas bawah kiri kanan pasti terjaga rapi.
Mudahkanlah Tuhan...
Sunday, 28 August 2016
Sis bercerita
Pembuka kalam aku disebut namaMu.
Tuhan, aku mahu cerita,
Aku tahu Kau dengar akan aku.
Tuhan, watak picisan yang Kau beri ke aku ini, sungguh indah.
Watak picisan ini aku hargai dengan ada nya watak2 utama yang Kau sisipkan ke dalam mimpi2 kami.
Tuhan, aku mahu cerita.
semalam, aku jatuh, hari ini aku bangkit.
Tak sia2 rasanya ibu dan ayahku mendoakan aku. Tak sia2 rasanya aku terlahir di dunia yang akan berpenghujung nanti.
Tuhan, aku rindu akan tahun-tahun yang lalu. Yang aku sering bercerita tentangMu. Yang aku sering memuji-mujiMu. Yang aku sering mengadu-domba kepadaMu.
Tuhan, kalau diam aku seribu bahasa. Kau titipkan senyuman yang berpahala. Tuhan, kalau aku jatuh tak bertongkat cinta. Kau titipkan lah aku rindu yang tak terhingga.
Moga apa yang aku jaga, kau nilaikannya dengan Syurga. Moga apa yang aku pinta. Kau kabulkan lah aku jauh dari Neraka.
Dan moga tujuan kita masih sama, redha Dia. Tuhan yang kita cinta. Allahhu Akbar!
Wednesday, 17 August 2016
Saturday, 13 August 2016
Yakinkah kau
Kau sudah jauh hati.
mana mungkin kau percaya sama apa pun yang ku bicarakan. mana mungkin aku ada modal mahu bicara indah lagi.
mana mungkin kau akan terus kekal kuat bersama aku lagi. mana mungkin juga aku kuat untuk tidak sepi bila kau mengundur diri.
apa pun bicara aku, kau bidas.
apa pun kata indahku, kau tangkas.
sayang, kuat mana lagi hati ini untuk aku terjah cinta yang belum tentu kau beri.
Aku sayang kita, kenapa tak kau cuba baca.
I figure it out
Semalam aku jatuh.
Entah apa yang aku fikir.
Mujur ada adik2 yang tak lelah memanggil.
'Solat jom'
Tikar sejadah dibentang. Aku di baris hadapan.
Menunggu makmum iqamat, buka jalan buat aku si imam utk mengangkat takbir.
Tak gugup. Sedikit sayu bila iqamat yang dilaungkan seperti seakan memanggil aku untuk kembali.
Takbir aku mula diangkat. Mulut mula berkumat kamitkan ayat. LillahiTaala.
Usai menjemaahkan adik2, air mata menitis, sedikit demi sedikit. Tapi tak terlihat.
Menitis dalam hati, aku terus berdoa. Dan berterusan menebalkan hati yang parah. Aku tahu, bukan aku sahaja yang sakit. Tapi juga mereka, si adik2.
Buat adik2 ku... Jangan kau bersedih andai esok tiada lagi buat kita. Kita semua pasti akan bersatu. Di Sorga. :)
Wednesday, 3 August 2016
Eh kau
You know.. I survived for these few days. I didn't cry sampailah semalam.
I eat good food, I drink good water. I eat my medicine. I laugh moderates. but things that I can't do is think less
So, I talk to myself.
"Eh kau, cuba move on. Cuba jangan complicated kan life yang beautiful ni. Lagipun, esok lusa je kita nak mati. "
Lepas lipat apa segala benda yang ada depan mata, I try to sleep. but as usual, I cant.
so, today dengan panda eyes I do my usual thingy. Research.
This is not another goodbye. But I just can't wait and giving up.
#singinggemuruhbyfaizaltahir
Thursday, 28 July 2016
Friday, 22 July 2016
Kelu
Tuesday, 19 July 2016
Mana hero akuu
Wednesday, 13 July 2016
Family potrait
Friday, 8 July 2016
Pekat, kelat, bertingkat.
Hati
Jangan kejar, takut terkandas di jalanan.
Hati
Jangan biar mati, takut senyuman pekat jadi kelat.
Hati
Aku cinta kau Lillahi, maka jadilah jika ia tetap jadi
Hati
biar seketika sepi duniawi, takut sesat buta diri
Thursday, 7 July 2016
Crowded
I should just say this.
All of this while, bonda adalah penguat aku.
Kalau tak, minda ni, yang dah entah ke mana ni, hati ni, yang dah hitam ni, kaki ni yang dah ketar berjalan ni, tangan ni yang hampir berhenti menulis ni, tak seutuh jalan2 yang crowded.
Hilang.
Ya, aku rasa kehilangan itu.
Tapi Tuhan,
aku sayang jalan ini.
Jalan yang Kau tak kongsi pada yang lainnya..
Tuesday, 5 July 2016
The old me
I've visit the old me,
I saw you crying next to me,
begging me to stop what I'm doing now.
I've visit the old me,
an angel cross to my sight,
where I'd learnt to smile to the hearts that loves me before.
I've visit the old me,
where I saw us happy on each others' fight to get tons of time to be together.
now...we've lost, lost to the time, open ended question, no more chatty, no more honest verse to sing, no more guitars to play, no more sense of need, no more doing something to make each other happy.
no more.
we are just nothing. now.
Thursday, 30 June 2016
Jatuh
Tuesday, 28 June 2016
Buihan cinta dari Dia
Tuhan turunkan sakit kau bilang perit, Tuhan turunkan cahaya kau kata bala dunia, sekarang Tuhan turunkan buihan jiwa, yang tinggal kau biarkan sengsara.
Semalam, di datanginya aku, kesayangan Tuhan. Terkelu lidah, pekat bicara.
Takbir di angkat, yang terturun kembali hanya titisan airmata. Seringkali aku tertanya, mana jalan.
Kalau putih jalannya, tunjukkan Tuhan. Supaya setiap selekoh mampu dibelok, supaya setiap simpang mampu aku perlahankan langkah dan memperlajukan lagi jalan bila lurus tujuannya.
Mudahkanlah Ya Allah.
Saturday, 18 June 2016
Tuhan, moga kami tak takut dengan masa depan.
Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual
Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah- tak pernah
Dikutipku bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan
Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu
Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah
Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa, tetap kau terbang
Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah
Suatu yang pernah
#terimakasihkakfynnjamal
Friday, 17 June 2016
Monday, 13 June 2016
Sutera kasih
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
Thursday, 9 June 2016
Balutan rindu
Monday, 6 June 2016
Gugusan bunga sakura
indah..berbagi-bagi hati
Hari pun tak aku tahu apa hurufnya.
Sunday, 1 May 2016
Tubuh
Gersang rasa hati, sedih rasa jiwa. Terpukul hati insan yang aku pernah cinta.
Terkesan seluruh raga, andai nyawa yang terakhir tertinggal kerana pukulan semesta.
Aku terima, biar aku hilang dari dunia.
Mak..abah..jumpa di Sorga.
Saturday, 30 April 2016
Sabar dunia
Takda landasan terakhir, yang ada bayangan terakhir.
Kalau satu jalan terbuka untuk sepuluh nyawa, berebutlah kita sampai hujung dunia.
Tuhan, mudahkan lah..
Friday, 29 April 2016
Desiran hati
Allah..mana datangnya rindu ini.
Kenapa datang tanpa henti.. Allahhu Rabbi, tolong aku.
Dari seribu jalan, kurangkan lah menjadi satu.
Dari seribu langkah, kau kuranglah menjadi satu.
Dari seribu wajah, kekalkan lah ini yang satu.
Dari seribu esakan, hilangkanlah menjadi senyuman.
Pimpinlah aku.
Allah..tolong aku.
Thursday, 28 April 2016
Qowiy
Hai.
Hari ni di maki dan di herdik, tak lupa di pukul bertubi. sakit. tapi tak mengapa.
Katanya tiada maruah.
Katanya rendah martabat sebagai wanita.
Tuhan, refleksi kan diriku dengan indah. Tuhan, lindungi hati aku dari amarah.
Tuhan, hapuskan aku dari pandangan sahabat2 ku.
Hapuskan, supaya mereka tidak memandang kejahilan aku datang dari ibu ayah.
Hapuskan aku, hilangkan aku..Tuhan, bawa aku.
Sunday, 3 April 2016
Saturday, 2 April 2016
Sorga
Mak, abah, abg, kakngah, kekra, adik..I pray for us to be together in Jannah.
Take care always
Thursday, 31 March 2016
Kabur
Pandangan semakin menghilang
Rumpun mata makin tertutup
Mohon tak hilang segera
Tuhan..tolong..
Things never goes wrong
Should we or shouldn't we.
To have this kind of situation, weeee...just have to terima hakikatnya hidup.
Things never goes wrong. We should just stop assuming and shouldn't take that as an advantages. right?
Thursday, 10 March 2016
Thursday, 25 February 2016
KUIM
Bismillahhirrahmanirrahim
Hai gaiss, Assalamualaikum..
So, here I am. Kolej Universiti Islam Melaka. Having my master bachelor here is so great, Alhamdulillah but yes of course kat memana pun ada ranjaunya.
But then, I am still having some 'good' trouble. Yang membina lah kan cerita dia.. starting from now, I want to change. Change for something better and istiqamah InsyaaAllah.
Doa kan saya duhai people yang di rahmati Allah insyaaAllah.
Nanti saya tulis lagi 💖
Thursday, 21 January 2016
Jom terbang ke Syurga
Assalamualaikum. Hi people.. Harini taknak bincang apa2 cuma nak cakap pasal satu benda. Nampak macam berat. I pun rasa benda ni berat, tapi I tetap nak cakap.
Cuba bayangkan. You dapat penyakit yang kritikal dan you tak mampu buat apa2 melainkan usaha utk sihat dan doa. You nak fikir tentang apa lagi selain mak ayah you dan adik beradik you? nothing. right?
Okay, maybe you will cross to think of something like the last thing you want to do before you die. kan?
This kind of example mungkin la menampakkan macam ada 'putus asa' but then i just want to remind others, what about we stop thinking about things that never give you good in return, what I mean here by is...tak bawa kebaikan untuk dunia dan akhirat. Can we?
Kalau kita student, and tak bersuami. Fikirlah ttg parents you, fikirlah how to spent the last moment wiser. Yelaaa, you mesti nak tempah Syurga yang hakiki. kan?
Do something.
I tak cakap you kena fikir nak buat baik sebab you sakit. NO. Double NO! Just...hm, takkan nak tunggu sakit, di timpa musibah dan sebagainya baru nak get back to Him. right?
Tell me If i'm wrong.
Motif penulisan ini adalah..
"darlings..hati kita. hati kita yang hampir sepenuhnya hitam ni, perlukan basuhan iman yang tinggi. perlukan ayat2 yang baik dari Quran dan perlukan amalan yang baik dari sunnah2 Nabi. Sampai bila kita nak mati kan hati kita dengan dosa dan...fikiran yg semakin hari sempit dan kotor? Jom lah, kita tinggalkan cerita lama, kita ke Syurga. okay darlings?"
May Allah bless us 💖
Saturday, 9 January 2016
Aku rindu
Panas bunga bertuduh bawah ranting nipis, Langit ibarat membantu jalur2 awan keputihan nampak menipis di balik langit biru.
Aku kembali berpandang ke hutan, mahu saja aku jerit akan kecantikan dan juga kerinduan.
Mana satu yang aku tuju, aku pun tak tahu. Tuhan, tolong aku. Aku rindu.
Am I useless?
Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry. He. who actually feed me, give me p...
-
Kau dan waktu bersendiri. Aku tahu, kau masih butuh waktu untuk kenali diri dan fisik rasa yang tertinggal. Aku juga tahu, kau masih kal...
-
Kali ini aku yang perlu pergi. Dari biar dia terbeban berat, baiknya aku yang tanggung duka. September aku selalunya murung. September ba...
-
Hati Kepilan sedikit di buka, indah..berbagi-bagi hati Tarikhnya aku tiada. Hari pun tak aku tahu apa hurufnya. Kalau kegelisahan y...