Monday 29 June 2015

Mampu apa lagi aku.

Jalan kita, terlalu banyak arus melintang,
Mata seolah tak mahu lagi melihat apa didepan,
Mahu ku kau turut,
Mahu kau ku biar.

Ku sedar,
Ku tak lupa,
Tak pernah lupa.

Cuma jalan kita dah berasingan,
Aku fikir dosa lampau,
Aku ingat memori first class,
Aku tak lupa tu.

Kata kau,
Kau mahu lihat aku bahagia,
Tapi jalan mana yang aku pilih,
Kau tak lagi setuju.

Kata kau,
Tak segenap pun fikiranku lihat memori itu.

Tapi..hati aku makin perih bila berdesup kenangan laju masuk macam ferrari.
Merah, berdarah.

Mampu apa lagi aku buat selain
Maafkan Aku.

Mampu apa lagi aku.

Friday 26 June 2015

Mana aku.

Ini kisah bukan punya aku,
Kalau kisah aku,
Aku tak percaya cinta,
Kalau kisah aku,
Aku tak mahu punya siapa,
Kalau kisah aku,
Aku percaya dua jiwa,
Ibu dan bapa.

Ini kisah bukan punya aku,
Kalau kisah aku,
Aku tak mahu dibenci orang,
Jadi aku jujur dalam memiliki,
Kalau kisah aku,
Aku tak tabur lagi janji,
Kalau kisah aku,
Aku tepati harapan yang aku beri,
Kalau kisah aku,
Aku tak suka orang slindung diri dari salah sendiri.

Ini kisah bukan punya aku,
Kalau kisah aku,
Aku selalu senyum bila duka menerpa diri,
Kalau kisah aku,
Earphone tanpa lagu sentiasa dicuping,
Kalau kisah aku,
Malam aku berteman hiasan buku walau tak dibaca isinya,
Kalau kisah aku,
Aku rapat dengan manusia yang blh dibilang berapa kerat saja yg tinggal didunia.

Tapi...
Semua kisah aku,
Diterbalikkan semua dek kerana dusta dan kata-kata manusia.

Kini kisah aku hanya berbunyi...
Aku mahu diam,
Aku mahu senyum tanpa tawa,
Aku mahu berada jauh dari manusia.

Thursday 25 June 2015

Perih

Insan ini, menyuruhku sabar,
Memintaku mengerti,
Menyebabkan aku seakan kata-kata mati.

Di cacinya aku seolah-olah yang salah itu bulatnya aku.

Insan ini pernah menjadi tempat sukaku,
Dukaku, malah..senangku senyum bersamanya.

Ditendangnya ketepi seolah-olah yang silap jalannya hanya aku.

Aku dibiar pasrah sendiri.
Aku dibiar sakit menyepi.

Dilihatnya salah kedua tunjang kehidupanku.

Remuk. Ya, remuk hati ini.
Tak seremuk dulu.
Malah, pedih tak lagi bercantum kembali.

Ya..tak lagi bercantum kembali.

Aku bagai disorong pingat 'pretenders'

Senyumku kini kembali.
Tapi dalam ku, masih lagi kecai-kecai kertas, air serta batu yang bercampur seperti dilautan yang tercemar airnya.

Kata kau, jangan menangis lagi.
Kata kau, aku tidak tahu keberadaan hatimu.
Aku? Siapa yang perlu tahu?
Siapa saja yang pasti tahu?

Malam-malam aku tak lagi ada tawa.
Tangisku ibarat tahu waktu.

Bila gelap menanti siang,
Lelehan air mata terus laju turun.

Bila siang menanti gelita gelapnya malam,
Mata kekeringan, otak jadi kejam,
Hati dikawal sepi yang tak mahu lagi melihat kekecewaan diri sendiri.

Jika kau tanya keberadaan hatiku,
Hanya ini yang tersisa.

"Bila kau mahu, kau datang,"
Bila kau gusar, kau hilang,
Bila kau bahagia, kau tak datang,
Bila kau rasa berat apa yang kau tatang,
Kau tetap kembali hilang.
Kau pijak hati aku seremuknya.
Sehancurnya.

Pergilah jangan kau pulang

Wednesday 10 June 2015

Senyumku seribu

Aku intai hati,
Hati yang terima kurangnya diri.

Dia datang mewarnai,
Jinjang mana yang ingin dititi.

Rupanya peneman di masa sepi.

Duhai.. Duka ku berbaur indah.

Kerana si peneman sepi bicara cinta ke hati.

Aduh..jatuh lagi..
Sayangnya dia padaku bukan untuk menyepi, tapi gapaiannya bak mentari.

Puisi aku mungkin bukan untukku si berdiri, tapi buat mu sang kekasih hati.

*sweet2 tak? 😅

Friday 5 June 2015

Yang tertulis.

Kalau aku bicara indah sekalipun,
Aku tak mampu lawan cinta Tuhan,
Esa nya Dia, Kuatnya Dia.

Aku...masih si kerdil yang tertulis untuk cuba menangkis noda dunia.
Aku..masih serupa walau luarnya tak lagi terukir senyum yang indah bak bunga.

Monday 1 June 2015

Jelas, tapi samar.

Aku jalan..jalan dekat tanah merah,
Tapak kasutku membawa kesan-kesan merah bersama.

Aku jalan..aku tak puas.
Aku jalan lagi, sampai kaki longlai,
Jalan dah sampai ke penghujung.

Deria makin hilang,
Yang ada masih aku tak guna sebaiknya.

Aku jalan..aku tak berhenti,
Aku cari, cari jalan yang tertutup,
Lama lama semua teman cerita yang aku samar ditutup angin,
Samar-samar ditutup awan,
Samar-samar ditutup jalan yang melingkuk.

Lama-lama, aku tunggu orang datang bersama tapak kasut yang berlainan.

Ada tapak kasut tak meninggalkan kesan,
Ada tapak kasut tinggalkan banyak kesan.

Aku diantara si pemijak tanah merah.

Sesal aku, bukan aku saja yang tahu,
Tapi...Dia juga.

Kerana jalan melingkuk itu, adalah jalan penutup sebelum disempitkan si 7 kaki.

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...