Sunday 19 February 2017

Goodbye will be the last choice

Aku  mohon pergi bila aku perlu jauh.
Aku mohon pergi bila aku terjatuh.

Aku sayang kita. Iya, sama rasa.
Masih tiada ubahnya.

Aku simpan sampai hela terakhir.
Hela yang mungkin tak akan membawa aku bertemu kamu.
Tapi bertemu Dia.

Aku kembali menebus salahku.
Aku kembali untuk membahagiakanmu.
Sementara aku masih ada waktu,
Tiada lebih, cuma izinkan aku.

Tidak ku pinta kau terima semua.
Tidak ku pahat cinta.

Yang akan aku pahat hanya bahagia,
Supaya aku pergi, kau tiada airmata.

Izinkan aku, sementara ini saja
Supaya ku bisa bahagiakan kamu.

Sunday 12 February 2017

Tuhan pegang hati

Mata semakin hampir tertutup.
Bagai dekad menanti jawapan.
Bagai tunggu langit dekat atas ubun-ubun.

Mata rapi dijaga. Hati indah bersedia.
Bagai menanti darah terbalas nyawa.

Duhai, hati aku semakin kering.
Jangan kau ambil sisa, tapi simpanlah kau dari duka kepada suka.

Duhai, aku semakin terasa hela terhenti.
Jangan kau hitamkan hati. Doakan cinta kita abadi walaupun jasad tak tertemu lagi.

Duhai, sayang aku tak hilang.
Yang hilang hanyalah senyuman.
Yang tertinggal, masih ada dalam kenangan.

Duhai, ingin sekali aku lukis seputih-putihnya cinta kita di atas awan dan langit membiru.

Duhai, ingin aku nyatakan, hayat aku,masih tertumpu engkau.

Duhai, bukan harapan manusia yang terterjah ke dalam hati. Tapi cinta manusia yang aku pegang setelah yang Esa memberi sesuci hati.

Duhai, andai diri terbeban, jangan kau hilang kan cinta dengan kekecewaan.

Duhai, maafkan suara yang tak mampu mengukir madah indah. Maafkan hati yang tak mampu menjadi tujahan cinta  manusia gundah.

Duhai, aku sayang. Aku masih girang dengan hati yang punya engkau.

Duhai, jaga hati aku pada kau. Kerana hati yang pada aku hampir menamatkan jalan.

-mnm

Friday 10 February 2017

Hati biar suci.

Biarpun keroh air dihulur,
Airnya akan jernih jua
Sabarlah sayangku nabilah. Sabarkan indah
Indah bak permata yang dijual berjuta harganya.

Tak tak, lagi tinggi harganya.
Tak ternilai rasa dengan harga dunia.

Syurga. Ya Syurga, pasti dibalas.
Jangan patah sayapnya,
teruskan terbang,
rindu-rindukanlah orang jauh.
Sayang-sayanglah orang dekat.
Mimpi-mimpilah yang indah.

Moga Ukhuwwah tak terpudar. Doa aku kuat untuk kita.

Thursday 2 February 2017

25 on 2017

So...i've been thinking like everyday. When to go home again. Why? Sebab kena undergo surgery. Yeay! Hospital! Lol.

Patutlah sampai demam panas. Rupanyaaaa, kena jangkitan dekat kulit. Dear God, You know this thing really made me strong. Right? Alhamdulillah

Alhamdulillah 2016 taught me much
Alhamdulillah for what i'd lose.

But yeah, i didnt lose myself hokayyy.
Thanks Allah, thanks mak abah 

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...