Thursday 29 August 2019

Soalan aku pada Tuhan

Aku gusar akan penolakan, juga gusar akan kesusahan yang aku simpan selama hampir 27 tahun. 

Aku berbaring, sambil menyoal ke Tuhan.

"Adakah rasa ini akan kekal?" 

Seusai aku menyoal, aku kembali mendapatkan Al-Quran. 

Jawapan Nya mudah.

Ibrah dari pelbagai kisah diambil. tetapi yang paling pertama jawapan yang diberikan adalah 

"Sikap Manusia saat ditimpa kesusahan" 

Tepat sungguh Ibrah yang cuba Tuhan yakni Allah sampaikan. 

Sungguh, saat aku susah, hampir setiap saat aku ingin berdoa. Tetapi bila datangnya bahagia tanpa sedikit pun susah, berapa sahaja nilai kesyukuran yang aku letak dalam doa ku? 

Terima kasih ALLAH! 

(41:51) 

Saturday 17 August 2019

Biar terus tenang

Tenang suaramu buat aku tertanya, akan terus ada ruang buat aku atau tidak. Kalau jalan kita kali ini berakhir, biar berakhir hingga selesai. Selesai usia kita mencipta kenangan. 

💗 A

Friday 16 August 2019

Berserah pada jalan yang terakhir.

Sebenarnya banyak soalan yang tersusun rapi dalam benak minda, tapi jarang aku lontar dek kerana takut emosi ikut jejak. 

Kalau tak berat, mungkin terus aku tanya. Tapi yang satu ini macamaku simpan dalam bentengan perang. Jadi aku tinggalkan di sini. 

Sudi kau terima aku dan masa silam ku serta keluarga ku? Sudi kau bersama aku dalam hujan dan guruh pancaran bawah pokok? Sudi kau mengambil risiko beban emosi bila bersamaku? Sudi kau membawa aku bersama me Syurga?

Jika ya, aku juga sudi bersama setiap sosok tingkahmu, bersama setiap jalan cerita yang baru, bersama memori yang kau mahu perbaharu. Bersusah susah harung sama rata, yang mudah kita senyumkan saja.

Jika kau sudi, kekallah bersamaku hingga selesai. 

Friday 9 August 2019

Rindu tak?

Ohh, rindu je. Tapi macam biasa, dewasa itu bukan pada usia, tapi pada tingkah.

Moga masa kekal lincah. supaya aku bisa terus rindu dengan cara yang lebih tepat.

Saturday 3 August 2019

Biar

Aku faham detikan ego. Tak terluah rasa. Hanya berkata ya. Hanya simpan ego. Ego rindu. Biar tak terluah sekarang, biar kali ini di simpan rapi.

Biar.

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...