Saturday 31 October 2020

460 hari berlalu

Layu.
Bunga yang kau bilang kau tunggu, rupanya bukan aku. 

Aku mohon izin pergi dan berlalu, 
sampai waktu untuk aku bersendiri dan sayu. 

Hari demi hari aku sunting kau dalam sepertiga malamku, 
soalan demi soalan aku perah mencari buah fikiran baru. 

Aku susun rapat apa yang perlu. 

Rupanya, 
waktu yang kau biarkan aku 
cuma kerana kau hanya ingin berlalu,
pergi,
tinggalkan aku. 

Tertanya apa kurangnya aku dan kita. 
Tertanya semudah itu kau ungkap rasa. 
Tertanya cinta seperti apa yang kau ingin cipta. 

Luluh. 
Tapi aku janji, 
kau tidak mungkin ketemu wanita seperti aku. 
Tidak mungkin sama sepertiku, 
kerna aku lebih dulu kenal kau yang jatuh lesu,
kerna aku lebih dulu tahu perih hidupmu, 
kerna hanya aku mampu bertahan dengan dingin diammu. 
kerna hanya aku yang tahu senyummu yang tak ubah seperti kain kering yang seakan basah. 

Entah apa lebihnya pergi dari baiki. 
Terima kasih, pinjamkan hati yang mati. 🤍






Wednesday 28 October 2020

Kerana aku menunggu?

Sampai ke hari ini aku berteka teki.

Semua bagai bulan tak lagi bercahaya, 
bagai waktu dipusing2 jarum nya. 

Kurang aku, apa?
Wajahku?
Tuturku?
Emosiku?
Atau.. kasihku?

Salah aku, di mana?
Waktuku?
Jalanku?
Cemburuku?
Atau.. 

salah aku kerana terus tetap menunggu? 

Kau pilih kau, bukan kita.

Awalnya kau bilang sayang, akhirnya kau tamatkan dengan hilang.

Hebat. 

Moga yang baik-baik sampai buat kau yang tak rasa harga waktu aku dan harapnya manusia seperti aku. 

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...