Tuesday 30 July 2019

22 July

I don't know what happen to you. I shouldn't ask. right? Takutnya! Takut terkena lagi.

Sunday 28 July 2019

Sayang

Tuhan bagi pinjam sekejap ke lama ke, kita tetap kena usaha. Usaha pulak kena dua hala. Jangan satu je. It won't work baby. 

Sunday 21 July 2019

Bumi yang menua

Alhamdulillah. I'm getting closer to what i should have. MasyaAllah Allah bagi jalan tu mudah.

Banyak friends keep asking me about marriage tips. But i tak kawen lagi. So here just a simple tips yang I keep promise to myself i should do this and i should not yada yada..

Tapi.. kalau rasa not good enough, jangan ikut okay. Ikut yang baik2 sahaja.

Before Akad:
1. Know your limits, improve. Perbaiki apa yang perlu, solat, mengaji, bangun awal, jaga kesihatan, belajar mengurus rumah and jangan lupa, cuba untuk sentiasa dahulukan ibubapa serta keluarga. 

2. Install positivity.  I am pretty sure you guys nervous and mesti akan selalu rasa macam takut and all that right? Tapi.. serahkan sahaja pada Allah dan seluruh Malaikat, ini bukan urusan kita lagi setelah kita berusaha.  Yakin dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah. 

Hari Akad:
1. MasyaAllah, sujud syukur pada Allah, kerana harinya telah tiba. Teruskan bertaubat supaya Allah sucikan segalanya dan bantu melancarkan akad bakal sang suami. 

2. Sewaktu bakal sang suami sedang bertarung lidah melafazkan akad, bantulah dia dengan selawat dan doa supaya Allah mudahkan. Ingatlah nikmat Allah. sentiasalah memanjatkan syukur, walaupun sekadar duduk menanti kata 'SAH'

After Akad:
1. Jadilah rusuknya yang tepat. bersamanya susah senang. Amalkan komunikasi dua hala. Sentiasa berbincang.

2. Solat bersama. Kukuhkanlah Jannah mu dengan berjemaah.

3. Sentiasa menegur secara manis jika keduanya punya kesilapan kecil mahupun besar. 

4. Jika si isteri mengandung, ketahuilah kudrat mereka sudah punya keterbatasan. Bantulah. urutlah kakinya setelah penat berjalan. Usaplah belakangnya saat dia duduk keletihan mengusung perutnya.  Tenangkanlah dia disaat dia beremosi.  Mengajilah untuk isterimu dan juga anakmu duhai suami. 

5. Duhai isteri, kurangkanlah bebelanmu. Banyakkan manis senyummu. Moga dapat membantu hilangkan lelah keringat dan kudrat lelaki yang mencari rezeki buat kehidupan sehari-hari.  Teruskan berbakti seikhlasmu. 

Okayyy.. ni sahaja buat masa ni. yang mana tanya  bila abel nak kawen.  Okay, ni jawapannya. 

Buat masa sekarang, abel fokus pada jalan yang terbentang buat abel. Its just that, abel belum jumpa jalan ke arah perkahwinan. InsyaAllah doakan je yang baik2.

Kalau esok, esok lah. Kalau tahun ni, tahun ni lah, kalau tahun depan, tahun depanlah. I don't mind.

Cuma macam abel cakap, i want myself to be ready. Sentiasa ready utk bersama Allah dijalannya. Doakan!

Tuesday 9 July 2019

MasyaAllah!

What did i haven't lost yet in 2019?

Scary nya soalan.  Tapi the truth is always there.. kan?

I've lost my favorite baker (aunt),  I've lost my respected uncle, I've lost my favorite man (not even a boyfriend, but he's a friend of mine), I've lost my childhood bestfriend (Effa), I've lost myself. 

So from that.. I nak seru myself to get back in one piece.  😂 I hate to tell myself that this is life. 

MasyaAllah, I should prepare for more!

Monday 8 July 2019

Hidupkan istiqamah

Q: busy tak

Q: ada soalan

Bella: yes

Q: how to istiqomah eh 😭

Q: help me

Bella: i'll get back to you

Q: thanks

Bella: I'm back

Bella: sorry

Bella: long day. my best friend, just passed away

Bella: istiqamah. it's an arabic root word istiqama. yang membawa maksud teguh dalam satu jalan. 

1. Istiqamah yang macam mana awak mahukan. jalan seperti apa? Kalau jalan mardhatillah, pilihlah utk bersama orang yang senang ke jalan Allah.

2. Jalan istiqamah itu perlu konsisten. Ada peningkatan tanpa penurunan. Kita amek contoh bisnes, siapa nak rugi?  mesti nak untungkan?  Samalah dengan iman, kita mesti kena konsisten, perlu ada untung. Buang dan tinggalkan lah perkara yang merugikan. 

3. Sejauh mana kita kenal Tuhan? Maksudnya disini, bila kita cari Allah? Bila kita senang ke bila kita susah?  atau kita sentiasa ingat dia? Kalau sentiasa, senaraikan apa je yang kita buat sampai kita rasa kita sentiasa ingat dia? dah mengaji? dan berzikir harini?  dah solat taubat?  Kalau belum, kenapa cakap sentiasa? So.. nak istiqamah perlu ada semua ni. 

4. Senaraikan atau jadualkan aktiviti harian, masukkan solat sunat, berzikir, mengaji walaupun sepotong ayat,masukkan skali bila nak taubat. kita bukan warga Syurga. Jadi taubat sentiasa. 

Moga istiqamah itu hadir 🌸

Monday 1 July 2019

Tusukan pagi

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحۡزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ
[3:139]

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...