Thursday 30 June 2016

Jatuh

Lena aku terjaga. 
Rasa tak indah,
tapi rasa tak seindah yang sebelumnya..

Tuhan, kuatkan kami..

Tuesday 28 June 2016

Buihan cinta dari Dia

Tuhan turunkan sakit kau bilang perit, Tuhan turunkan cahaya kau kata bala dunia, sekarang Tuhan turunkan buihan jiwa, yang tinggal kau biarkan sengsara.

Semalam, di datanginya aku, kesayangan Tuhan. Terkelu lidah, pekat bicara.

Takbir di angkat, yang terturun kembali hanya titisan airmata. Seringkali aku tertanya, mana jalan.

Kalau putih jalannya, tunjukkan Tuhan. Supaya setiap selekoh mampu dibelok, supaya setiap simpang mampu aku perlahankan langkah dan memperlajukan lagi jalan bila lurus tujuannya.

Mudahkanlah Ya Allah.

Saturday 18 June 2016

Tuhan, moga kami tak takut dengan masa depan.

Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah
Kau ambil dan terus kau jual

Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah- tak pernah

Dikutipku bila sudi
Di bila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Ku tetap tunggu di tepi jalan

Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu
Tak pernah rayu
Dulu

Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecaisepai, terpecahbelah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah, tak pernah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah

Takkan ada apa
Yang mampu untuk buat kau pulang
Bila sudah tiada rasa
Bikinlah apa, tetap kau terbang

Takkan ku pujuk kau jangan pergi
Takkan ku minta kau fikir lagi
Takkan ku paksa renung semula
Takkan ku suruh apa-apa
Takkan ku izin tubuh dibuka
Takkan ku pamer reput di dada
Takkan ku rebah
Takkan ku goyah
Takkan ku biar tubuh didarah

Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang cuma pernah
Suatu yang pernah

#terimakasihkakfynnjamal

Monday 13 June 2016

Sutera kasih

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya



Thursday 9 June 2016

Balutan rindu

Aku dongak tinggi, tapi yang terpandang hanya dosa yang tertinggal di bawah. Macam naik KLCC. Nampak luas tanah yang dipenuhi bangunan. Tak,tak. Exageratted sangat ayat tu.

Aku dongak tinggi, sampai nak terputus urat leher rasanya. Gaya tak ubah macam orang yang terlalu gah dengan duit yang mereka ada. Kalau boleh sangkut segala emas di dunia, mahu di penuhkannya leher ni sampai panjang berjela. Okay, exageratted juga.

Aku pertaruh hati di hari-hari yang kurang baik. Aku cuba senyum bak awan menghitam disertai guruh yang aku gerun. Ini serius, aku cuba untuk olah sebaiknya. Tapi yang aku dapat, hanya secubit jiwa yang kasihan sama aku, bukan kasih sama aku.

Aku harap, aku tak kabur dek hitam dosa itu. Tapi aku terpalit sedikit takbur akan dosa lalu, kenapa? Sebab terfikir aku, mana lagi ku tuju kalau bukan ke sini, kalau bukan dari lubuk lubuk lampau. 

Tuhan..mudahkan jalan teman-teman ku.

Tuhan, sampaikan rindu ini ke setiap hati-hati orang yang Kau rahmati, yang Kau kasihani, yang Kau cintai, Moga terbalas Syurga buat mereka. Terima kasih atas nafas yang Kau hadiahkan kepada kami si kerdil ini.

dash, day by day, you seems lost. i just hope..there's no other you. 


Monday 6 June 2016

Gugusan bunga sakura

Hati
Kepilan sedikit di buka,
indah..berbagi-bagi hati
Tarikhnya aku tiada.
Hari pun tak aku tahu apa hurufnya.
Kalau kegelisahan yang tinggal hanya kerana risau keberadaannya, yang aku mampu hanya khabar rindu yang entah siapa pemiliknya.
Tuhan, jagakan yang terakhir..

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...