Wednesday 30 December 2020

Beberapa waktu yang terluang.

Aku barangkali lebih ramah dengan minda, tapi tidak bersama manusia.

Kira aku, waktu yang terluang, jika aku pulangkan, aku jadi rugi. Miskin rasa. Rasa yang boleh dikata sayang sayang. Riang riang, penuhi ruang. 

Sulit untuk aku terang, luah yang tak terwujud dalam mana pun cerita. 

Aku perlu pamit akan rasa, tapi jiwa aku sudah juang sampai penuh cinta. Ah, bagaimana caranya ya.. Sulit. 


Tuesday 22 December 2020

Baru yang terasa dari dulu

Senyum tak terukir, gundah tak terusir,
Kopi menjadi padanan jiwa yang mungkin suatu hari menyatu
rentas jiwa tak mengenal jarak, 
wajah tak terlihat, hati mengatur orak.

Sosok ini cuba mengajar aku berpaut pada rasa yang lama bersilih jalan,
mungkin peluangnya tak terlihat indah seakan ruang diganti jurang. 

Sosok ini cuba menebar rasa yang lama pupus lupus dibawa arus,
aku juga takut, arus besar datang bawa sayang,
takut nanti yang dijulang tak juga datang. 

Semoga saja sosok ini mendapatkan bahagia yang terus terusan datang. 

ya.. semoga.. 

Thursday 17 December 2020

Tune in

Realitinya,
aku sudah semakin lelah akan mehnah yang terbentang. 

Aku mula mengambil masa yang agak panjang untuk bersendiri. 

Aku mula ikhtiar cara yang mudah untuk aku tidur dengan lebih lena tanpa terasa sedikit pun gangguan silam. 

Sudah hampir 5 tahun aku bawa watak yang tidak begitu tenang, tidak juga terlalu agresif akan sosial. Emosi 5 tahun yang lalu seolah di tune in semula. 

Aku buntu. 

Aku terasa terganggu. Fikir aku, mungkin kerana takut yang hampir menjerut. Barangkali aku memang ditakdirkan untuk menjadi sunyi. 

Tak semudah itu aku menyalahkan takdir. Aku yang pernah bangkit, masih juga jatuh berguling. 

Buat waktu yang terdetik, dan mungkin hanya tersisa sedikit, beri aku peluang dan juga ruang untuk aku meniti sisa rasa, cinta, dan mungkin kasih dalam iman yang terjaga.

Semoga.. 
Ya, semoga cita dan takdir bertemu di jalan yang sama. 

-mztlnblh 

Sunday 6 December 2020

6 Dec

Just for my own record.

Happy five years on being niqabis. 
I am so proud of myself. 

Saturday 5 December 2020

Dedication to The Most Precious

As I grow older,
I thank Allah for many things. 

Thick and thin, 
sorrow and happiness. 

I give myself huge hugs every time I feel drowning or even frowning. 

Now, 
I spend my 24 hours on remembering all pleasures You gave, all gift You've sent, and everydays' breath you spare for me.

Oh Allah, this dedication wasn't because i felt happy on living a good life, but this is for the blessings you've sent me.

2020 taught me much. 

Angan aku silih ganti

Perihal yang paling aku telus adalah jiwa ibunda dan ayahanda. 

Telusnya aku, sehinggakan saat ini pun setiap putusnya harap, mereka yang bantu gapai senyum. 

Setiap satu dua jalan yang tersergam, 
mereka jua yang letakkan ya mahupun tidak. 

Bukan salah mereka, 
pasti memoir mengajar salahnya masa lalu, 
sehingga hadirnya waktu buat aku, 
mereka cuma mahu yang terbaik. 

Terpaling baik buat semua.

Usah disalahkan jiwa mereka yang memberontak akan kesusahan lalu, salah aku yang tak mampu berkata tidak pada mereka. 




Wednesday 2 December 2020

Antara Ilmu, amal dan adab.

'Tidak semua ilmu yang kita pelajari, kita beramal dengannya, dan tidak semestinya orang yang tinggi ilmu, baik adabnya'

Usai waktu kerja, aku teliti mana yang perlu diperbaiki. 

Ada sosok yang menegur suara terlalu manja, 
aku gigih perbaiki. 
Kerana usia tinggi melangit, 
aku perlu semakin matang termasuk senyum, tingkah, dan suara. 

Ada sosok yang di kirim bertanya, 
"makan apa selalunya waktu peak" , 
aku gigih bersyukur.
Kerana Allah hantar rezeki yang baik hendakNya dengan memenuhkan kedai, walau aku sendiri masih tak beralas nasi.

Ada sosok yang hadir sekadar berbahasa, 
"kak, berapa satu set ni", 
Aku malah runsing. 
Kerana Allah pasti hadirkan jiwa ini, 
atas alasan yang terbaik, untuk aku memberi, sedangkan dompetku, tidak pernah sehari pun, kurang walau satu sen. 

Setiap tingkahku, aku janji biar terjaga. 
Moga yang hadir, tetap mengajar aku erti melutut kepada Sang pencipta. 

Biar pakai yang terpakai, asal masih sujud dilantai. 

Tuesday 1 December 2020

Kalau itu kehendak

Tiap satu manusia simpan sejuta impian.
Entah Allah tabur peluang sampai tercapai, entah ditabur jurang sampai tak tergapai. 

Misi kali ini mudah. 

LillahiTaala. 
Jika Allah berkehendak, seluruh raga pun tertadah tunduk menghampar Syukur. 


Tuesday 24 November 2020

Friday 20 November 2020

Paling jauh aku boleh pergi.

27 days.

Nothing much to say. 

I really hope I'll stand up strong,

no, 
stronger

again. 

Tuesday 3 November 2020

Mimpi kita mungkin berbeza

Bahasa cinta siapa pun akan tampak manis dari pelbagai cara. 

Namun dalam hati dan mimpi, 
mungkin kita punya orang yang berbeza senyumnya, berbeza wataknya dan berbeza kasihnya.

Siapa pun dia, 
jangan sehingga sampai waktu akad, 
kau berpaling sampai terkaram edaran kad, 
sampai punah kisah berkat. 

Allah dengar segala bisikan, 
Cari lah Tuhan bagi jawapan yang mungkin membawa kita kearah keberkatan. 

Saturday 31 October 2020

460 hari berlalu

Layu.
Bunga yang kau bilang kau tunggu, rupanya bukan aku. 

Aku mohon izin pergi dan berlalu, 
sampai waktu untuk aku bersendiri dan sayu. 

Hari demi hari aku sunting kau dalam sepertiga malamku, 
soalan demi soalan aku perah mencari buah fikiran baru. 

Aku susun rapat apa yang perlu. 

Rupanya, 
waktu yang kau biarkan aku 
cuma kerana kau hanya ingin berlalu,
pergi,
tinggalkan aku. 

Tertanya apa kurangnya aku dan kita. 
Tertanya semudah itu kau ungkap rasa. 
Tertanya cinta seperti apa yang kau ingin cipta. 

Luluh. 
Tapi aku janji, 
kau tidak mungkin ketemu wanita seperti aku. 
Tidak mungkin sama sepertiku, 
kerna aku lebih dulu kenal kau yang jatuh lesu,
kerna aku lebih dulu tahu perih hidupmu, 
kerna hanya aku mampu bertahan dengan dingin diammu. 
kerna hanya aku yang tahu senyummu yang tak ubah seperti kain kering yang seakan basah. 

Entah apa lebihnya pergi dari baiki. 
Terima kasih, pinjamkan hati yang mati. 🤍






Wednesday 28 October 2020

Kerana aku menunggu?

Sampai ke hari ini aku berteka teki.

Semua bagai bulan tak lagi bercahaya, 
bagai waktu dipusing2 jarum nya. 

Kurang aku, apa?
Wajahku?
Tuturku?
Emosiku?
Atau.. kasihku?

Salah aku, di mana?
Waktuku?
Jalanku?
Cemburuku?
Atau.. 

salah aku kerana terus tetap menunggu? 

Kau pilih kau, bukan kita.

Awalnya kau bilang sayang, akhirnya kau tamatkan dengan hilang.

Hebat. 

Moga yang baik-baik sampai buat kau yang tak rasa harga waktu aku dan harapnya manusia seperti aku. 

Sunday 6 September 2020

i hope

true love
waits
no matter
the distance
but i hope
at the end,

it might be
you and me.

—blue 

Saturday 5 September 2020

September yang bersalut duka

Kali ini aku yang perlu pergi.
Dari biar dia terbeban berat, 
baiknya aku yang tanggung duka. 

September aku selalunya murung. 
September banyak mengajar aku erti juang bersendirian. 

Allah tahu sejauh mana rasa dan impian. 
Tapi Allah juga perancang yang paling tidak diragui. 

Allah sayang kita. 
Allah bagi waktu sebaiknya untuk kita. 

Buat yang paling aku kasih, 
pergilah mencari apa jua yang dekat di hatimu. 
Juangkan lah apa jua yang kau rasa terbaik untukmu. 
Aku titip kau pada Tuhan sebaik-baik penjaga. 

Moga kasih yang terlerai ini membina bahagia pada setiap satu hati kita. 

Saturday 22 August 2020

💛

Kalau pergi itu jalan yang terbaik,
maka hilanglah aku tempat untuk berteduh menumpang rasa. 

Kalau pergi itu membahagiakan semua, 
maka hilanglah senyum aku yang lama terukir mesra. 

Kalau pergi itu pilihan hak,
maka redhalah perkataan yang paling mudah terselit pasrah. 

Sunday 5 July 2020

When you're not around

Paling kurang, 15 minit di darabkan waktu yang wajib, mungkin 75 minit sehari aku akan tinggalkan seketika ingatan aku tentang kita. Wajib buat aku dan kita semua. 

Pamit aku dengan memori lama sudah lama berhasil. Langkah yang terus ke depan ini sedikit janggal, mahal dan lebih asli dari biasa. Tidak di bilang sayang, tidak juga dibilang rindu, asli bukan rasa itu? 

Gigih aku cuba bernafas, teguh menanti. Sedikit pun resah tak terulit. Ya mungkin kadar rindunya lebih luarbiasa. Menafikan rasa itu salah, mengawal rasa itu lebih padu caranya.  

Aku belajar erti sabar akan sendirian, walhal aku punya Tuhan yang mengetahui segala sesuatu. Rindu yang tak pernah terpadam, kasih yang satu masa pasti mekar, semua atas izin Dia, Allah yang sentiasa menjadi cinta yang paling sejati. 

Aku cuma tahu, tujuan tulisan ini di eja satu persatu, hanya untuk kita. Siapa? Kita.. kita yang entah dari mana tubuhnya berada, di mana jiwanya dipegang utuh, di mana juga akalnya berlabuh, moga Allah jaga... kita. 

Friday 3 July 2020

Breakdown

Untuk beberapa ketika,
aku ada satu perasaan yang tak dapat aku ungkap.
Maybe the best phrase is 
"I don't belong anywhere."
or maybe
"I don't know how to fit in"

I guess nobody will understand. 

I always wanted to tell semua orang, but seems semua busy 
and have no time to spare. 

Nobody understands me. kot. 

Sunday 7 June 2020

Aku.. malu.

Sampai tersungkur lelah merindu, 
sampai esak tangis terhenti sendiri mengatur jarak yang seakan terus kelu. 

Thursday 4 June 2020

Coin to be toss

Sabar yang aku tuntut untuk diri aku adalah sabar untuk tidak terus merindu pada jalan yang hanya membutakan.

Ya, dunia. Aku palit cerita lama dalam kesuma jiwa. Tapi.. cinta yang aku tunggu bukan ini, bukan dengan jalan ini. 

Kalau dengan bersabar boleh bawa kau terus bersama aku ke jalan Syurga. Aku sanggup..

Sabar dalam mendoakan. Sabar juga dalam me-redhakan. 

Monday 11 May 2020

Jejak yang seakan samar

Yang aneh aneh itu pasti datang dari aku.  
Jejak yang aku bentuk selama hayat, masih aku pijak. 
Ubahnya mungkin samar.  

Aku mula terpa ke jiwa dan minda, 
jika bahagia dia adalah bukan denganku, 
aku pasti memberika  ruang, jalan serta peluang untuk dia terus berbahagia.  

Luka yang terhasil dihatinya belum tentu terubat dengan masa yang ada.  

Aku juga luluh rasa runtunan hati yang dipegang dia.  
Ada masa aku rasa cinta, ada masa aku hanya rasa ruang yang lebih dari biasa,  dan ada masa aku bukan yang teratas tapi yang terakhir di setiap waktunya.  

Runsing, keliru, semua aku lalu.  Jadi.. aku biar Sang Pencipta atur sebaiknya. Ya, sebaik-baiknya.  

Saturday 4 April 2020

Cukup dan hampir.

Aku dilahirkan cukup. Dibesarkan juga cukup. Ditinggalkan supaya berdikari juga masih cukup. Aku diberi nafas yang terlebih cukup. Aku juga diberi rasa kasih yang ikhlas dari hamba2Nya yang cukup.  Aku juga punyai teman yang cukup. Semuanya..

Tapi sedar atau tidak, aku masih tidak berasa cukup. Tidak pernah berasa cukup dengan apa yang aku kerjakan selama ini. Tidak pernah cukup dalam memohon ampun. Tidak cukup menjaga kasih denganNya. Tidak pernah cukup menghormati ibu dan ayah yang membesar dan melahirkan. Tidak pernah cukup dalam melafazkan sayang pada hamba2Nya dikelilingku. Tidak.  

Hari berganti. Aku semakin gusar akan getir yang bakal hampir. Entah bernafas entah tidak. Bagi semua yang berasa tidak cukup, teruskan usaha. Jangan berhenti. Esok mungkin bukan untuk kita. 

Wednesday 11 March 2020

Satu hari aku dan tangisan

Malam itu rindu aku bagai dicucuk cucuk dek pisau tajam. Pedih yang terlampau. Sibuk kau aku mengerti. Tapi rindu itu lebih jauh dari itu dalamnya. 

Aku bersiap siap untuk menceritakan pada Tuhan pemegang hati kau. Pagi aku seloroh sama Tuhan yang sentiasa ada. Aku bilang sama Azzawajalla, bahawa kau pilihan namun mana satu yang harus aku lalu, bersama atau tidak. Pergi atau tinggal sampai terkesan. 

Aku berterusan menyeru nama kau dalam doaku. Aku berjanji supaya aku kuat untuk berjalan dengan kau. Namun janji itu hanya aku kata sama Dia, Allah yang sedang tadbir dunia mimpi. Aku sampai bilang sama Allah, jika bukan di dunia, simpan kau untuk aku di Syurga. Aneh bukan? 

Kalau belum sempat aku bilang cinta dan sayang, jadi aku bilang sama Allah untuk sentiasa cinta dan sayang sama kau ya. Moga sampai akhirnya. Aaminn.  

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...