Wednesday 27 November 2019

Kau, aku, 7 hari dan nota.


Pagi itu, aku terima nota, 
Notanya indah, tapi selalu juga aku biarkan, 
Hanya mampu dibaca tanpa dibalas. 

Berturut rasanya kau kirimkan nota, 
Tapi pagi itu aku benar jatuh ke dasar dunia yang lain, 
Satu pun aku tidak hiraukan, 
Tidak juga aku baca, 
Tidak juga aku mohon izin berkata nanti. 

Hari ke-lima, 
Kau semakin aneh, 
Mahu bersua langsung, 
Aku benar sibuk akan urusan dunia bagi menghalalkan jalan dan cara, 
Aku mula susun kata maaf sejurus bilang kau tunggu saja dikeberadaanmu. 

Hari ke-enam,
Aku sedikit senang, 
Langsung terus mencari bahan yang pasti kau suka,
Kejutan kata aku. 

Hari ke-tujuh, 
Kejutan itu, bukan untuk kau, 
Tapi sememangnya untuk aku. 
Allah sahaja tahu gugurnya bilahan torehan jantung ini. 

Memangnya usaha kita hanya untuk biar kau ke Syurga?
Memangnya aku mengikatmu untuk biar kau tunggu aku di Sana? 

Tiada lagi nota pagi yang indah buat aku, 
Tiada lagi yang senang mahu bersua sama aku, 
Tiada lagi yang mahu mencari aku,
Tiada lagi mahu bicara rindu ke aku.

Maafkan aku, biarkan kau menanti bersama sesalan, 
bawalah 7 hari itu dan berbahagia, 
Selamat berangkat si penulis nota yang setia.

Monday 11 November 2019

Kita yang tiada

Kau dan waktu bersendiri.  

Aku tahu, kau masih butuh waktu untuk kenali diri dan fisik rasa yang tertinggal.  

Aku juga tahu, kau masih kalah dengan kenangan yang belum mampu aku ertikan pedih atau sukanya masa dan ketika itu.  

Justeru, aku ingin bersama, lewati jalan itu untuk wujudkan kita.  Tapi aku semakin hampir pada kekalahan. 

Aku lelah, merasa tidak dihargai terus. Merasa kau hanya dengan duniamu.  Kau hanya dengan cara kau tanpa mengerti kita.  

Jadi aku kembali seperti dulu. Jalan sendiri lagi, tidak mahu susahkan cerita yang belum tentu kau simpan dalam hati. Biar aku saja tenang sama cinta. 

Teruskan.. tanpa aku. 

Monday 4 November 2019

Abah dan Mak


Mereka adalah dua jiwa yang aku mampu gelar sebagai 'Guardian Angel' yang tinggal dalam dunia nyata. Dulunya, aku letakkan gelaran itu untuk nenek. But she's gone. I return her back to the true world. Syurga buatmu nenek.

Aku. bukan jenis meminta. Jujur, aku malu untuk meminta. Sedangkan aku sakit, nak mintak tolong mak bawak pergi klinik pun aku malu, rasa menyusahkan. Kehidupan kami tak sesenang yang orang tengok. Abah dulunya orang senang, tapi beberapa ketika, dunia tinggal di dalam hati. Jadi dia terlolos dari kehidupan yang senang bertukar kais pagi makan pagi.

Sudahnya, mak yang membanting tulang sampai sanggup bertukar jawatan ke tempat yang lebih jauh, usaha mencari jalan rezeki yang lebih untuk menampung kami 5 beradik. Tapi, abah tak pernah silap. Abah jalannya gundah. Tak mudah. Tak da yang cuba memahami, malah, makin disalahkan, makin di undang derita. makin ditipu, makin dimamah usia.

Aku ingin cerita kepayahan dua Guardian Angel yang tertinggal didunia. Abah punya dua orang anak lain, bersama ibu yang lain (cerai sebelum menikah dengan mak). Kandung. Ya, kandung buat aku. Seorang lelaki, dan seorang wanita (Sulung). Mereka berdua terus menerus salahkan abah, kata abah tidak mampu menjaga mereka, katanya abah ini lelaki tak berguna, abah ini membawa malang. Waktu tu, aku masih kecil, usia masih 9- 10 tahun. mana faham asal usul pangkal awal akhir cerita ni.

Sekarang, 27 tahun. Jadi aku mampu menceritakan susah selama 27 tahun aku lihat dan perhati perjalanan yang tersisa itu. Jujurnya, aku sendiri terasa pedih dek layanan yang aku terima, maklumlah bongsu perempuan. mahu itu, mahu ini.

Abah selalu marah bila balik rumah, never talk good things to me. NEVER. since then, I penat untuk hidup. Abah pernah baling pinggan, pernah rotan (normal), pernah letak aku dekat luar rumah masa tengah hujan lebat ribut petir, pernah lempang mak depan aku, aku kena tempias lempang tu. Ahh, semualah. But I'm good now, semua ajar aku jadi manusia. Cuma, aku mengalami sedikit PTSD. itu je, tapi jangan salahkan abah. Dia cuma membantu aku jadi manusia.

Abah tak pernah hadir graduasi aku. tak pernah juga hadir report card. Tak pernah cuba untuk bagitahu semua orang, yang aku ni anak yang bagus. Ada satu hari tu, aku dapat anugerah Kokurikulum. Tokoh koko perempuan, Sudahnya, abah cuma cakap, main je pandai, belajar tak pandai-pandai. tudung entah kemana, bukak sana bukak sini, lompat sana lompat sini.

Oh ye, biar aku betulkan ayat tu

Tudung entah kemana = sebab aku atlet kebangsaan, jadi dulu aku rimas panas2, so aku bukak tudung. (terukkan?)

lompat sana lompat sini = ni sebab aku main lompat tinggi dan netball untuk pahang. kehkeh

part belajar tak pandai-pandai tu betul weh. HAHA aku memang tak suka belajar pun, sudahnya SPM kelautttt.. Tapi disebabkan benda yang abah cakap tu, aku jadi aku yang sekarang! Alhamdulillah.

Mak pulak, tak banyak cakap. tak banyak menegur waktu mak muda2 dulu. memang susah nak berborak dengan mak. She never say yes to you. kehkeh. Tapi Alhamdulillah. lepas je aku dapat masuk degree uitm, semua berubah. Abah bukak kedai makan, biasa2 je, warung kecik. Mak pulak dapat transfer ke pejabat lama dia. so kami mulakan jalan hidup yang baru. Mula2 terumbang ambing jugak, sebab belum dapat tapak yang baik. Lepas satu satu jadi. (Yang ni, terpaksa aku cut, sebab aib)

Sekarang mak dah pencen. Abah masih dengan kedai dia. So mak lah PA sepenuh masa abah. hoho dari akaun dan kerja dapur, mak lah bantu. Alhamdulillah. mereka survive bersama. mereka tak salahkan satu sama lain langsung. sebab..kepercayaan.

Aku cakap dorang Guardian Angel, sebab aku nampak keikhlasan dalam kehidupan dorang. Walaupun family abah tak terima abah, tapi Alhamdulillah family mak se ikhlasnya terima abah. Abah bukan orang baik, abah bukan orang pandai, tapi abah ajar adik beradik aku menjadi orang yang baik, yang bijak pandai, yang kenang budi.

Terima kasih abah, terima kasih mak.

Hargai mak dan abah itu satu hobi untuk aku. Moga Tuhan panjangkan usia mak abah, tak lama dah. sikit je lagi.

Wednesday 2 October 2019

Jadi mungkin ini jalannya

Beri peluang untuk dia terbang bebas. Tinggi. Mungkin itu impian dia. Kedatangan kau mungkin hanya mengganggu gugat jalan yang dia cuba lakar dengan izin lillah.

Saat dia jatuh pun, belum pasti dia tahu kau cuba untuk ada bersamanya. Iring sahaja dia dengan doa. Moga Tuhan hulurkan rasa yang belum pasti kau pernah rasa. 

Friday 13 September 2019

PTSD

Siapa nak? Aku jual murah. seringgit. oh, mungkin spuluh sen je.

Aku tak malu mengaku having this ptsd. Yang aku malu bila aku dikatakan tak mampu tangani benda ni. Kau fikir aku nak?

Oh please. 

Gelaklah. I. Don't. Care. 

Tapi sebelum ni 98% ptsd ada pada aku.  Tapi Alhamdulillah, selepas cukup 27 tahun, tinggal 78% sahaja. 💗 A

Monday 9 September 2019

Hi D

I know you're coming. Can feel the pressure.

Please. Don't come. its burdening  me. I can't even smile well. i can't eat much.

Please... just go.

Sunday 8 September 2019

Kau busana terakhir

Izinkan aku pamit dengan derita. Izinkan aku curah dan jelaskan apa itu cinta. Izinkan aku bicara tentang baiknya dunia pada kita.

Jika yang kau ingin itu tidak selorong dan seikhlas itu, pergi. Jangan lagi hadir. Itu kan juga bahagia.

Kerana keduanya bisa cabar akan dunia untuk ke Syurga. Masing2 punya hal. masing2 punya dunia. Masing2 juga mahu syurga. Jika itu baik, baik saja kita jelaskan dan pergi. 

Izinkan aku pamit dengan busana terakhir ini. Busana cinta.

💗 Abel

Thursday 29 August 2019

Soalan aku pada Tuhan

Aku gusar akan penolakan, juga gusar akan kesusahan yang aku simpan selama hampir 27 tahun. 

Aku berbaring, sambil menyoal ke Tuhan.

"Adakah rasa ini akan kekal?" 

Seusai aku menyoal, aku kembali mendapatkan Al-Quran. 

Jawapan Nya mudah.

Ibrah dari pelbagai kisah diambil. tetapi yang paling pertama jawapan yang diberikan adalah 

"Sikap Manusia saat ditimpa kesusahan" 

Tepat sungguh Ibrah yang cuba Tuhan yakni Allah sampaikan. 

Sungguh, saat aku susah, hampir setiap saat aku ingin berdoa. Tetapi bila datangnya bahagia tanpa sedikit pun susah, berapa sahaja nilai kesyukuran yang aku letak dalam doa ku? 

Terima kasih ALLAH! 

(41:51) 

Saturday 17 August 2019

Biar terus tenang

Tenang suaramu buat aku tertanya, akan terus ada ruang buat aku atau tidak. Kalau jalan kita kali ini berakhir, biar berakhir hingga selesai. Selesai usia kita mencipta kenangan. 

💗 A

Friday 16 August 2019

Berserah pada jalan yang terakhir.

Sebenarnya banyak soalan yang tersusun rapi dalam benak minda, tapi jarang aku lontar dek kerana takut emosi ikut jejak. 

Kalau tak berat, mungkin terus aku tanya. Tapi yang satu ini macamaku simpan dalam bentengan perang. Jadi aku tinggalkan di sini. 

Sudi kau terima aku dan masa silam ku serta keluarga ku? Sudi kau bersama aku dalam hujan dan guruh pancaran bawah pokok? Sudi kau mengambil risiko beban emosi bila bersamaku? Sudi kau membawa aku bersama me Syurga?

Jika ya, aku juga sudi bersama setiap sosok tingkahmu, bersama setiap jalan cerita yang baru, bersama memori yang kau mahu perbaharu. Bersusah susah harung sama rata, yang mudah kita senyumkan saja.

Jika kau sudi, kekallah bersamaku hingga selesai. 

Friday 9 August 2019

Rindu tak?

Ohh, rindu je. Tapi macam biasa, dewasa itu bukan pada usia, tapi pada tingkah.

Moga masa kekal lincah. supaya aku bisa terus rindu dengan cara yang lebih tepat.

Saturday 3 August 2019

Biar

Aku faham detikan ego. Tak terluah rasa. Hanya berkata ya. Hanya simpan ego. Ego rindu. Biar tak terluah sekarang, biar kali ini di simpan rapi.

Biar.

Tuesday 30 July 2019

22 July

I don't know what happen to you. I shouldn't ask. right? Takutnya! Takut terkena lagi.

Sunday 28 July 2019

Sayang

Tuhan bagi pinjam sekejap ke lama ke, kita tetap kena usaha. Usaha pulak kena dua hala. Jangan satu je. It won't work baby. 

Sunday 21 July 2019

Bumi yang menua

Alhamdulillah. I'm getting closer to what i should have. MasyaAllah Allah bagi jalan tu mudah.

Banyak friends keep asking me about marriage tips. But i tak kawen lagi. So here just a simple tips yang I keep promise to myself i should do this and i should not yada yada..

Tapi.. kalau rasa not good enough, jangan ikut okay. Ikut yang baik2 sahaja.

Before Akad:
1. Know your limits, improve. Perbaiki apa yang perlu, solat, mengaji, bangun awal, jaga kesihatan, belajar mengurus rumah and jangan lupa, cuba untuk sentiasa dahulukan ibubapa serta keluarga. 

2. Install positivity.  I am pretty sure you guys nervous and mesti akan selalu rasa macam takut and all that right? Tapi.. serahkan sahaja pada Allah dan seluruh Malaikat, ini bukan urusan kita lagi setelah kita berusaha.  Yakin dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah. 

Hari Akad:
1. MasyaAllah, sujud syukur pada Allah, kerana harinya telah tiba. Teruskan bertaubat supaya Allah sucikan segalanya dan bantu melancarkan akad bakal sang suami. 

2. Sewaktu bakal sang suami sedang bertarung lidah melafazkan akad, bantulah dia dengan selawat dan doa supaya Allah mudahkan. Ingatlah nikmat Allah. sentiasalah memanjatkan syukur, walaupun sekadar duduk menanti kata 'SAH'

After Akad:
1. Jadilah rusuknya yang tepat. bersamanya susah senang. Amalkan komunikasi dua hala. Sentiasa berbincang.

2. Solat bersama. Kukuhkanlah Jannah mu dengan berjemaah.

3. Sentiasa menegur secara manis jika keduanya punya kesilapan kecil mahupun besar. 

4. Jika si isteri mengandung, ketahuilah kudrat mereka sudah punya keterbatasan. Bantulah. urutlah kakinya setelah penat berjalan. Usaplah belakangnya saat dia duduk keletihan mengusung perutnya.  Tenangkanlah dia disaat dia beremosi.  Mengajilah untuk isterimu dan juga anakmu duhai suami. 

5. Duhai isteri, kurangkanlah bebelanmu. Banyakkan manis senyummu. Moga dapat membantu hilangkan lelah keringat dan kudrat lelaki yang mencari rezeki buat kehidupan sehari-hari.  Teruskan berbakti seikhlasmu. 

Okayyy.. ni sahaja buat masa ni. yang mana tanya  bila abel nak kawen.  Okay, ni jawapannya. 

Buat masa sekarang, abel fokus pada jalan yang terbentang buat abel. Its just that, abel belum jumpa jalan ke arah perkahwinan. InsyaAllah doakan je yang baik2.

Kalau esok, esok lah. Kalau tahun ni, tahun ni lah, kalau tahun depan, tahun depanlah. I don't mind.

Cuma macam abel cakap, i want myself to be ready. Sentiasa ready utk bersama Allah dijalannya. Doakan!

Tuesday 9 July 2019

MasyaAllah!

What did i haven't lost yet in 2019?

Scary nya soalan.  Tapi the truth is always there.. kan?

I've lost my favorite baker (aunt),  I've lost my respected uncle, I've lost my favorite man (not even a boyfriend, but he's a friend of mine), I've lost my childhood bestfriend (Effa), I've lost myself. 

So from that.. I nak seru myself to get back in one piece.  😂 I hate to tell myself that this is life. 

MasyaAllah, I should prepare for more!

Monday 8 July 2019

Hidupkan istiqamah

Q: busy tak

Q: ada soalan

Bella: yes

Q: how to istiqomah eh 😭

Q: help me

Bella: i'll get back to you

Q: thanks

Bella: I'm back

Bella: sorry

Bella: long day. my best friend, just passed away

Bella: istiqamah. it's an arabic root word istiqama. yang membawa maksud teguh dalam satu jalan. 

1. Istiqamah yang macam mana awak mahukan. jalan seperti apa? Kalau jalan mardhatillah, pilihlah utk bersama orang yang senang ke jalan Allah.

2. Jalan istiqamah itu perlu konsisten. Ada peningkatan tanpa penurunan. Kita amek contoh bisnes, siapa nak rugi?  mesti nak untungkan?  Samalah dengan iman, kita mesti kena konsisten, perlu ada untung. Buang dan tinggalkan lah perkara yang merugikan. 

3. Sejauh mana kita kenal Tuhan? Maksudnya disini, bila kita cari Allah? Bila kita senang ke bila kita susah?  atau kita sentiasa ingat dia? Kalau sentiasa, senaraikan apa je yang kita buat sampai kita rasa kita sentiasa ingat dia? dah mengaji? dan berzikir harini?  dah solat taubat?  Kalau belum, kenapa cakap sentiasa? So.. nak istiqamah perlu ada semua ni. 

4. Senaraikan atau jadualkan aktiviti harian, masukkan solat sunat, berzikir, mengaji walaupun sepotong ayat,masukkan skali bila nak taubat. kita bukan warga Syurga. Jadi taubat sentiasa. 

Moga istiqamah itu hadir 🌸

Monday 1 July 2019

Tusukan pagi

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحۡزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ
[3:139]

Sunday 3 March 2019

Carry ON!

Here comes March.

1. Hidup tak selalu jadi seperti apa yang kita inginkan. Kita cuma hamba. Kalau semua yang kita nak kita dapat, kita takkan belajar apa-apa.

2. Berikan masa pada sabar dan doa untuk menunjukkan jalan takdir. Jangan cepat bosan dan cepat mengalah dalam berharap kepada Tuhan.

3. We can always make a du'a, to ask for a better fate. There will come a time when you will have a good day, laugh again, feel hope again.

4. If someone doesn't love you anymore, carry on, carry on with your life. Life goes on, the past doesn't matter. Carry on, carry on.

5. People will leave you someday, somehow. But as long as you're still alive, there's no reason to stop living because of that.

6. You still have minutes, hours, days or maybe years left to live. Why stop for anybody? People leave. But life goes on.

7. Tentang pertanyaan-pertanyaanmu bahawa kenapa Tuhan membiarkan dua jiwa bertemu lalu kemudian terpisah dan hancur, tak perlu kau tanyakan. Jangan kau tanyakan kenapa Tuhan mengisi hatimu dengan cinta lalu hati itu sakit. Dia pemilik segala yang ada. Dia berhak berbuat apa saja. Kita hamba-Nya. Terimalah perpisahan sebagai sebahagian dari hikmah-Nya dalam perjalanan hidup, untuk menguatkan dan mendewasakan.

8. Stop chasing the past and start moving towards future.

9. Kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan. Kita jalani hidup dengan tanpa tahu apa yang telah tertulis. Yang kita perlu buat adalah usaha, doa.

10. Things happen for a reason. And we are here now, so lets do the best we can. Enough with the past, nothing we can do about it.

11. Start looking to the future instead of being dominated by the past.

12. Tuhan takkan saja-saja letak kita di suatu tempat dan hadapkan kita dengan satu-satu suasana tanpa sebab yang baik.

13. Don't forget your dreams and wishes. Place it in a du'a and start to walk forward. The future you trust will start here and now.

14. Even tomorrow you'll walk into another loveless day, don't stop and don't look back. You'll miss the memories, but you have to move forward.

15. Erase yesterday's events and continue living.

16. Your du'a will protect you, so don't give up. Please don't cry and please smile.

17. This sadness and frustration have an unseen reason and meaning. Don't blame people, don't hate the situation. Find the answer in yourself.

18. No matter how hurt your heart might be, don't stop looking for a better side of your life. Leave behind old memories, say goodbye to yesterday.

19. Don't let go of that melody of the du'a that echoing in your heart. It will lead you to your purpose. It will lead you to where you belong.

20. We shed tears because our hearts are things that beyond our ability to control. But we can always make a du'a to mend it.

21. Constant du'a will erase the remaining sadness in your heart.

22. It's gonna happen when it's supposed to happen. We make some effort, we wait with patience, and we pray for the best.

23. When you make a move, God move with you but if you choose to stuck on the past, not even God can help you. Try to be brave, and change.

24. If you could turn away from wrong habits, learn from the past, and move forward - inshaAllah you can fix what is broken.

25. Stubborn heart will remain unchanged. Accept your fate and move on. Be better, be wiser than yesterday.

26. Life is too short to blame others.

27. Berhenti mengenang kerana mengenang kadang-kala akan membuatkan kita terluka. Penawar ada di masa depan bukan pada memori.

28. Hold on to your du'a even if the hope is gone.

29. We carry the weight of the world on our shoulders. but remember, Allah will never burden us with more than we can bear. Have faith.

- sederhanaindah

p/s : So...March already? Stay good, people.

Wednesday 2 January 2019

My 2019

I don't really think that pertukaran angka ni adalah satu titik permulaan.  ehek.

Okay,  maybe ongoing plan.  *because I tak excited 😂

Alright, takpe. Abaikan. 

It's just a number. and i dah 27. Fuhh.. Alhamdulillah!  Tak percaya, three more years dah 30. walaaaaweh.

InsyaAllah,  for this upcoming 365, more opportunities to grab. Kalau di sia2kan oleh diri sendiri. That's all on me. Allah bagi yang baik2 dah, tinggal kita nak usaha je. aite?

For my past, I had enough. This is the time for me to go beyond. Goodbye past 🌿

Am I useless?

Ada waktu, we will felt like 'we good for nothing'. Talk to my husband, that I'm so sorry.  He. who actually feed me, give me p...